Kenaikan GajiPenjawat Awam

Kenaikan Gaji Penjawat Awam : Diumumkan Melebihi 15 Peratus

Kenaikan Gaji Penjawat Awam diumumkan oleh kerajaan melebihi 15 peratus yang akan dilaksanakan seluruh negara. Perkara ini adalah merupakan berita menggembirakan bagi rakyat Malaysia kerana dengan kenaikan ini dapat membantu mereka.

KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

Pihak kerajaan telah mengumumkan gaji para penjawat awam akan naik dari 15 hingga 42 peratus secara signifikan. Hal ini dilakukan adalah bagi meningkatkan kesejahteraan mereka dan selaras dengan keadaan ekonomi pada masa kini.

Perlaksanaan ini adalah sebahagian daripada usahan kerajaan MADANI bagi memastikan golongan penjawat awam menikmati taraf hidup yang lebih baik. Keputusan kenaikan gaji ini telah melalui penilaian semua sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA).

Kenaikan gaji ini bertujuan sebagai pengiktirafan yang selayaknya kepada mereka yang telah menyumbang dan berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam. Menteri komunikasi iaitu Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa gambaran umum mengenai peningkatan gaji akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, garis panduan lengkap berkaitan kenaikan gaji penjawat awam akan mula dipaparkan minggu hadapan. Maklumat tersebut akan memberikan gambaran lebih terperinci dan jelas berkenaan perubahan gaji.

Selain itu, Fahmi Fadzil juga berkata bahawa kementerian sumber manusia (KESUMA) dengan meneruskan usahan pendaftaran syarikat yang ingin melibatkan diri dalam program dasar gaji progasif.

Hal ini adalah merupakan sebahagian dari usahan bagi membantu sektor swasta dalam meningkatkan pendapatan bagi pekerja swasta. Jika dapat dilaksanakan dengan cepat ia akan memberi manfaat kepada sektor swasta juga.

SENARAI KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM MENGIKUT GRED

Untuk makluman umum, kenaikan gaji akan dilaksanakan berbeza mengikut gred masing-masing. Berikut adalah kadar kenaikan mengikut pecahan :

  • Kenaikan sehingga 47 peratus dari gaji asas RM1,350 : Gred 19
  • Kenaikan sehingga 20 peratus dari gaji asas RM3,359 : Gred 44
  • Kenaikan sehingga 15 peratus dari gaji asas RM5,125 : Gred 58.

Dengan adanya perlaksanaan kenaikan gaji ini diharapkan para penjawat awam akan lebih menikmati penambahbaikan dan kesejahteran hidup masing-masing. Untuk lebih informasi berkenaan kerajaan sila rujuk di pautan rasmi – BELANJAWAN 2024

MAKLUMAT LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Kenaikan Gaji Penjawat Awam : Diumumkan Melebihi 15 Peratus appeared first on Carianterbaru.

Back to top button