BANTUANBantuan Kerajaancash assistanceSTRSTR 2024SumbanganTunaiRahmah

Jadual Lengkap STR 2024 – Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan

Jadual Lengkap STR 2024 – Kerajaan telah memaklumkan tarikh rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun ini. Dalam usaha untuk membantu rakyat, kerajaan perpaduan telah mengumumkan pemberian inisiatif khas Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah belanjawan 2024.

Inisiatif ini bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, dan tarikh rasmi bayaran untuk fasa 1, 2, 3 dan 4 telah pun diumumkan.

Jadual Lengkap STR 2024

Berdasarkan maklumat yang telah disediakan, berikut adalah jadual lengkap untuk pelaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024. Setiap fasa bayaran dirancang dengan teliti untuk memastikan bantuan yang tepat pada masanya diterima oleh mereka yang layak.

Tarikh-tarikh ini juga penting untuk diambil perhatian oleh mereka yang ingin mendapatkan bantuan ini. Berikut adalah jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa pengagihan :

  • Fasa 1 – Dikreditkan pada 29 Januari 2024
  • Fasa 2 – Dikreditkan pada 3 April 2024
  • Fasa 3 – Dikreditkan pada 29 Ogos 2024
  • Fasa 4 – Dikreditkan pada awal November 2024.

Kadar Pembayaran STR Mengikut Fasa

Bayaran untuk STR 2024 akan dilakukan dalam empat fasa berbeza, dengan setiap fasa menumpukan kepada kelompok penerima yang berbeza. Maklumat lanjut mengenai kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diterima oleh setiap individu akan diumumkan sebelum pembayaran.

Oleh itu, adalah penting bagi penerima untuk sentiasa mengemas kini informasi bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menerima sumbangan ini. Kepada yang terlepas pandang, dibawah dikongsikan kadar jumlah bayaran STR 2024 mengikut kelayakan kategori penerima.

Kategori Bujang & Warga Emas

  • Warga emas tiada pasangan – RM600 setahun
  • Bujang (belia) – RM350 setahun

Kategori Isi Rumah Pendapatan di bawah RM2,500

  • Bilangan anak (0) – RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (1-2) – RM1,500 setahun
  • Bilangan anak (3-4) – RM2,000 setahun
  • Bilangan anak (5>) – RM2,500 setahun

Isi Rumah pendapatan di bawah RM5,000

  • Bilangan anak (0) – RM500 setahun
  • Bilangan anak (1-2) – RM750 setahun
  • Bilangan anak (3-4) – RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (5>) – RM1,250 setahun

Untuk makluman umum, semakan status bayaran setiap fasa boleh dibuat secara online oleh penerima sedia ada. Untuk kemaskini terkini dan semakan status, sila layari laman portal rasmi – MySTR 2024

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Jadual Lengkap STR 2024 – Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button