flight subsidyFLYSiswaInisiatif Pendidikan

Inisiatif FlySiswa : Bantuan Khas Untuk Pelajar IPT

Inisiatif FlySiswa adalah program baharu yang dilancarkan pada tahun ini, bertujuan untuk menawarkan bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Program ini merupakan usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan pelajar dalam menguruskan kos perjalanan mereka.

Dengan menyediakan subsidi pembelian tiket penerbangan, FlySiswa diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada semua pelajar.

INISIATIF FLYSISWA 2025

Salah satu tujuan utama FlySiswa adalah untuk membantu pelajar IPT dalam pembelian tiket penerbangan domestik. Program ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan kewangan, tetapi juga memberikan peluang kepada pelajar untuk pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Ini adalah langkah penting dalam memastikan pelajar tidak terasing dari komuniti mereka semasa meneruskan pengajian di luar kawasan tempat tinggal mereka. Untuk memanfaatkan inisiatif FlySiswa, pelajar perlu memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Pelajar hanya perlu mengisi borang yang diperlukan dan menyediakan dokumen sokongan yang relevan. Selepas permohonan dikaji dan diluluskan, pelajar akan menerima subsidi yang dapat digunakan untuk membeli tiket penerbangan domestik.

Untuk makluman, kadar bantuan subsidi tiket dibawah FLysiswa adalah berjumlah RM400 dalam bentuk baucar digital. Pembelian melalui subsidi ini sah bagi semua penerbangan domestik sahaja.

Kemudahan FlySiswa adalah satu inciatif yang berpotensi untuk membawa impak positif kepada perjalanan pelajar IPT. Dengan bantuan yang disediakan, pelajar dapat lebih fokus pada pelajaran tanpa terpaksa memikirkan kos perjalanan yang tinggi.

KELAYAKAN MOHON INISIATIF FLYSISWA

Berikut adalah syarat layak bagi menerima bantuan subsidi ini, antaranya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus pelajar di institusi pengajian tinggi awam
  • Berasal dari Sabah, Sarawak dan menuntut di Semenanjung
  • Berasal dari Semenanjung dan menuntut di Sabah, Sarawak atau Labuan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN SUBSIDI FLYSISWA

Bagi pengetahuan umum, permohonan telah dibuka bermula 1 Januari 2025 sehingga 30 November 2025. Untuk panduan lengkap sila layari laman utama FLYSiswa – https://subsidiudara.mot.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Inisiatif FlySiswa : Bantuan Khas Untuk Pelajar IPT appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button