BANTUANJKMKebajikan

Inisiatif Bantuan JKM 2025 : Semakan Kelayakan & Permohonan

Inisiatif bantuan JKM 2025 – Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi kerajaan yang menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Melalui pelbagai inisiatif dan program yang sistematik, JKM berusaha untuk memperbaiki taraf hidup serta kesejahteraan masyarakat di negara ini.

Pada tahun 2025, terdapat beberapa inisiatif bantuan yang boleh dimohon oleh orang awam selagi mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

PROGRAM INISIATIF BANTUAN JKM 2025

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2025. JKM adalah merupakan salah satu agensi yang menyediakan program bantuan secara one-off dan bulanan.

Antara program bantuan kewangan yang ditawarkan oleh JKM termasuklah bantuan kanak-kanak, bantuan untuk warga emas, dan elaun untuk pekerja Orang Kelainan Upaya (OKU). Program-program ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, agar mereka mampu menampung kos kehidupan seharian dengan lebih baik.

Oleh itu, adalah penting bagi individu dan keluarga yang memenuhi syarat untuk memanfaatkan bantuan ini dan meringankan beban kewangan mereka. Berikut adalah jenis-jenis bantuan dan kadar yang ditawarkan kepada pemohon :

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) : RM150 – RM1000 sebulan
  • Elaun Pekerja OKU (EPOKU) : RM450 sebulan
  • Geran Pelancaran (GP) : RM2700 one-off
  • Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM100 – RM350 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 seorang sebulan.

Nota : Setiap bantuan telah menetapkan syarat kelayakan yang berbeza dan syarat utama adalah pemohon berada dalam golongan terjejas dan memerlukan.

CARA MOHON BANTUAN JKM 2025

Untuk memohon bantuan daripada JKM, calon perlu memastikan mereka memenuhi semua kelayakan yang ditetapkan. Proses permohonan biasanya melibatkan pengisian borang dan penyertaan dokumen sokongan yang diperlukan.

Calon boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara memohon serta syarat-syarat tertentu melalui laman web rasmi eBantuan JKM 2025 atau di pejabat pejabat JKM terdekat. Dengan demikian, peluang untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan akan terbuka lebih luas, khususnya bagi mereka yang paling memerlukan.

INFO SELANJUTNYA

Sepanjang tahun ini kerajaan Malaysia telah menawarkan lebih banyak lagi kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Inisiatif Bantuan JKM 2025 : Semakan Kelayakan & Permohonan appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button