I-Sejahtera Fasa 1 : Bantuan RM200 Telah Mula Dikreditkan
I-Sejahtera Fasa 1 – Program ini merupakan inisiatif yang direka untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan di Malaysia. Dengan pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan, program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh warga emas, ibu tunggal, serta keluarga dengan anak-anak.
Sejak mula dilaksanakan, banyak perubahan positif telah dirasai oleh penerima bantuan ini.
PERLAKSANAAN I-SEJAHTERA FASA 1
Untuk makluman umum, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melancarkan pelbagai bantuan melalui program i-sejahtera. Pendaftaran permohonan dibuka sepanjang tahun dan mereka yang berkelayakan dan memerlukan boleh kemukakan permohonan segera.
Bayaran bantuan dibawah program I-Sejahtera Fasa 1 telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula 12 Mac 2025. Pemohon baru yang telah mendaftar akan menerima bayaran pada fasa seterusnya.
Antara program bantuan yang ditawarkan termasuk penghargaan warga emas, bantuan ibu tunggal, suri emas dan anak emas. Kadar bayaran bantuan yang ditawarkan berjumlah RM100 hingga RM200, bergantung kepada jenis bantuan yang dimohon.
Penduduk yang berkelayakan dinasihatkan untuk mendaftar melalui portal rasmi yang disediakan oleh pihak kerajaan. Menerusi portal ini, mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan, cara memohon, dan juga status permohonan mereka.
Dengan inisiatif ini, diharapkan golongan yang paling memerlukan dapat memperoleh bantuan yang sepatutnya agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Program bantuan dibawah I-Sejahtera ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia khusus penduduk negeri Pulau Pinang.
Berikut adalah kadar bayaran bantuan mengikut kategori :
- RM100 : Program bantuan ibu tunggal
- RM100 : Program suri emas
- RM200 : Penghargaan warga emas
- RM200 : Bantuan OKU
- RM200 : Program anak emas.
DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN I-SEJAHTERA FASA 2
Kepada bukan penerima fasa 1, pendaftaran permohonan masih dibuka dan mereka yang lulus akan menerima bantuan pada fasa 2. Untuk butiran lengkap dan panduan daftar, sila layari laman web rasmi – https://isejahtera.penang.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi program inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post I-Sejahtera Fasa 1 : Bantuan RM200 Telah Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.