eWallet

Ewallet RM300 : Permohonan Baharu Dibuka Bulan Ini

Ewallet RM300 : Permohonan Baharu kini telah dibuka mulai bulan ini bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan sumbangan bantuan ewallet RM300 bagi sesi 2024.

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN EWALLET RM300

Kepada yang terlepas pandang atau tidak tahu, pada bulan ini sebuah program skim bantuan berbentuk ewallet telah dibuka semula. Program istimewa ini menawarkan bantuan ewallet berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.

Bantuan khas ini disediakan khusus kepada keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah. Program yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Bingkas ini akan memberi manfaat kepada 30,000 isi rumah sepanjang tahun ini.

Tujuan utama bantuan ewallet ini disediakan adalah bagi membantu menampung keperluan asas dan pendidikan sesebuah keluarga. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat melindungi keluarga dari ketidakpastian ekonomi pada waktu ini.

MANFAAT BAHARU EWALLET RM300

Dalam usaha kerajaan bagi meningkatkan daya ketahanan kewangan keluarga yang terjejas, program ini telah dilancarkan. Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam program ini adalah seperti :

  1. Menerima had bulanan bernilai RM300 untuk pembelian barangan keperluan asas
  2. Nilai ewallet tersebut boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Semua urusniaga pembelian dilakukan secara tanpa tunai (ewallet)
  4. Kredit ewallet akan ditambah nilai ke paras RM300 secara automatik setiap bulan
  5. Baki nilai bulan terdahulu perlu digunakan dan dihabiskan kerana tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.

KELAYAKAN PERMOHONAN BAHARU BANTUAN EWALLET

Kerajaan telah kemaskini kriteria syarat kelayakan bermula 1 Julai 2024, antaranya adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan (B40 & M40)
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah sekurang-kurangnya dua orang
  • Lahir di Selangor atau telah duduk di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor.

CARA MOHON EWALLET RM300

Bagi golongan yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan melalui aplikasi SELANGKAH atau secara dalam talian. Panduan lengkap cara mohon dan butiran lebih terperinci telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BINGKAS (eWallet)

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Ewallet RM300 : Permohonan Baharu Dibuka Bulan Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button