eGumisWangtidakdituntut

eGumis ~ Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Orang Awam

eGumis ~ Wang tidak dituntut (WTD) adalah isu penting yang mungkin tidak disedari oleh ramai individu di Malaysia. Sehingga Oktober 2024, sejumlah RM12.8 bilion direkodkan sebagai wang tidak dituntut milik awam.

Wang ini biasanya terdiri daripada kredit dalam akaun yang tidak dikendalikan oleh pemiliknya melebihi tujuh tahun, serta duit yang sepatutnya dibayar tetapi tidak diterima dalam tempoh lebih setahun.

Cara Membuat Semakan Wang Tidak Dituntut (eGumis)

Orang awam kini boleh melakukan semakan wang tidak dituntut dengan lebih mudah melalui portal rasmi eGumis. Proses ini membolehkan individu untuk menilai sama ada mereka mempunyai wang yang boleh dituntut tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat. P

engguna hanya perlu mengisi beberapa maklumat peribadi dan sistem akan memberikan maklumat sama ada mereka memiliki sebarang wang yang tidak dituntut. Menuntut wang tidak dituntut adalah langkah penting yang boleh membantu individu dalam meraih semula kewangan mereka.

Wang ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membayar bil, melabur dalam pendidikan, atau menyimpan untuk masa depan. Oleh itu, adalah disarankan agar semua rakyat Malaysia membuat semakan secara berkala untuk memastikan mereka tidak kehilangan hak terhadap wang yang layak mereka terima.

Wang Tidak Dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber, antara contoh yang mudah difahami adalah seperti berikut :

  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagi
  • Gaji, bonus, upah, komisen dan wang yang wajib dibayar kepada kakitangan
  • Dividen
  • Tuntutan insurans yang sudah diluluskan untuk bayaran
  • Simpanan tetap tanpa arahan pembaharuan baru secara automatik (telah matang)
  • Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai funsi serupa
  • Deposit atau cagaran apabila tujuan wang dikutip telah tercapai
  • Penghutang atau pemiutang pelbagai yang berbaki kredit
  • Wang dalam akaun bank yang tidak aktif.

Nota : Orang awam boleh membuat semakan sama ada mempunyai WTD atau tidak secara dalam talian dengan mudah. Butiran terperinci dan semakan boleh dilakukan melalui laman rasmi eGumis ANM – KLIK SINI

PENUTUP

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan pada sidang Belanjawan 2025. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post eGumis ~ Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Orang Awam appeared first on Carianterbaru.

Back to top button