eGumisWang Tidak DituntutWTD

Dapatkan Wang Tidak Dituntut Sebelum Aidilfitri Tahun Ini

Dapatkan Wang tidak dituntut merujuk kepada jumlah duit yang telah dimiliki oleh individu tetapi tidak dituntut dalam jangka waktu yang ditetapkan. Dalam tempoh menjelang Aidilfitri ini, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempunyai wang tidak dituntut yang boleh membantu mengukuhkan kewangan perayaan mereka.

DAPATKAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber, duit yang sepatutnya dibayar kepada individu tetapi telah tamat tempoh. Untuk makluman umum, sehingga tahun ini sebanyak RM12.7 bilion jumlah wang yang masih belum dituntut.

Seorang individu terkejut apabila mendapati beliau mempunyai WTD sebanyak RM12,000 selepas membuat semakan. Anda boleh melakukan semakan wang tidak dituntut melalui laman rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Proses ini amat sederhana, hanya masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dan sistem akan memaparkan sebarang jumlah yang mungkin anda layak untuk tuntut. Ramai yang telah berjaya mendapatkan wang yang tidak dituntut dengan mudah selepas melakukan semakan ini.

Mendapatkan wang tidak dituntut bukan sahaja satu langkah bijak dari segi kewangan. Tetapi juga peluang untuk mendapatkan tambahan beberapa ringgit sebagai persiapan untuk menyambut hari raya.

Tanya pada diri anda adakah anda ingin melepaskan peluang ini? Pastikan anda melakukan penyemakan segera sebelum Aidilfitri. Supaya anda dapat membuat perancangan yang lebih baik untuk perayaan tersebut.

Untuk semakan sila layari laman web rasmi kerajaan (Egumis) JANM – https://egumis.anm.gov.my/ panduan selengkapnya telah disediakan di laman tersebut.

The post Dapatkan Wang Tidak Dituntut Sebelum Aidilfitri Tahun Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button