BANTUANBUDI MADANISubsidiSubsidi MADANI

BUDI MADANI : Bantuan Tunai Pertama Akan Dibayar Isnin Ini

BUDI MADANI : Bantuan Tunai pertama berjumlah RM200 akan dibayar isnin ini yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Bagi informasi umum, inisiatif terbaharu ini telah dilancarkan pada bulan ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

BUDI MADANI : BANTUAN TUNAI BULANAN

Untuk makluman umum, kerajaan telah memperkenalkan satu lagi program inisiatif khas yang dikenali sebagai BUDI MADANI. Sekitar lebih daripada 30 ribu individu, petani dan pekebun kecil komoditi akan menerima bantuan subsidi bernilai RM200 pada isnin ini.

Kementerian Kewangan telah membuat kenyataan bahawa 30,000 permohonan telah diluluskan melalui 3 bahagian kategori bantuan BUDI MADANI. Bayaran bantuan akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank penerima yang layak.

Kepada mereka yang tanpa akaun bank, tuntutan RM200 boleh dilakukan secara tunai dengan membawa mykad di mana-mana kaunter BSN seluruh Malaysia. Perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu mengurangankan beban tekanan kenaikan kos sara hidup pada waktu ini.

OBJEKTIF PERLAKSANAAN BANTUAN BUDI MADANI

Bermula minggu hadapan, pembayaran pertama kali bantuan tunai BUDI MADANI akan diagihkan secara menyeluruh. Objektif perlaksanaan program insentif istimewa ini adalah merupakan sebahagian usaha dari kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan memerlukan.

Program khas ini menawarkan 3 kategori kelayakan yang boleh dimohon iaitu bantuan individu (BUDI Individu), pekebun kecil dan petani (BUDI Agri-komoditi) serta kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Kerajaan telah memaklumkan bahawa di bawah Belanjawan 2024 akan lebih komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api. Perkara ini adalah bagi mengekang aktiviti tidak diingini seperti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi kepada rakyat.

CARA MOHON BANTUAN BUDI MADANI 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan masih boleh dikemukakan secara dalam talian. Permohona yang diluluskan pada bulan ini akan menerima bayaran pada bulan berikutnya.

Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan kepada umum, sila layari laman portal rasmi bantuan – BUDI MADANI 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group dibawah untuk info lengkap cepat.

The post BUDI MADANI : Bantuan Tunai Pertama Akan Dibayar Isnin Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button