Borang permohonan bantuan lesen percuma kini telah diagihkan dan boleh dimuat turun secara online kepada mereka yang berminat. Inisiatif ini, di bawah belanjawan 2025, merupakan usaha kerajaan untuk menyediakan bantuan kepada golongan B40 yang memerlukan.
Program Mylesen B2 ini adalah bertujuan membantu mereka yang belum memiliki lesen memandu untuk mendapatkan lesen kelas B2 secara percuma.
PERMOHONAN BANTUAN LESEN 2025
Kepada mereka (belia) yang belum memiliki sebarang lesen memandu, terdapat sebuah inisiatif yang boleh dimohon pada tahun ini. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun selagi kuota masih belum penuh.
Pihak kerajaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program MyLesen ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Pelaksanaan program Mylesen B2 ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Dengan adanya inisiatif seperti ini, ramai daripada golongan B40 yang sebelum ini tidak mampu untuk memohon lesen motorsikal kini berpeluang untuk memiliki lesen tanpa sebarang kos. Ini bukan sahaja meningkatkan mobiliti mereka, tetapi juga membantu dalam meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN LESEN
Antara kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun sahaja
- Berada dalam golongan keluarga berpendapatan rendah / B40
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Bebas dari senarai hitam (JPJ/ PDRM dan Mahkamah)
- Tidak memiliki sebarang jenis lesen memandu Malaysia.
Berikut adalah manfaat yang didapatkan dalam program MyLesen B2 ;
- Meringankan beban kewangan
- Mendapat peluang pekerjaan menggunakan motorsikal
- Menigkatkan keselamatan jalanraya
- Pengurangan penunggang motorsikal tanpa memiliki lesen.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN LESEN
Untuk memohon bantuan ini, individu hanya perlu melayari laman web yang disediakan dan memuat turun borang permohonan melalui laman rasmi (JPJ) – MYLESEN B2 . Pastikan semua maklumat yang diperlukan diisi dengan tepat untuk mempercepatkan proses kelulusan.
Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat memanfaatkan peluang ini bagi mencapai impian mereka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan lesen motorsikal secara percuma.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Borang Permohonan Bantuan Lesen Percuma – MyLesen B2 appeared first on Carianterbaru.