BANTUANBKKJKMKanak-kanak

BKK : Program Bantuan Khas Sehingga RM1000 Sebulan

BKK : Program Bantuan Khas sehingga RM1000 sebulan dikreditkan kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan pada tahun ini. Seperti yang telah dimaklumkan, inisiatif khas BKK adalah merupakan salah satu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

BKK : PROGRAM BANTUAN KHAS (BULANAN)

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah inisiatif bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak. Program BKK ini masih terus dilaksanakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Bantuan khas BKK ini disediakan dalam skim kebajikan dan dikelolakan sepenuhnya oleh pihak JKM pada tahun ini. Tujuan program BKK ini masih diteruskan adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup mereka yang berkelayakan.

Dengan adanya insentif tambahan bulanan ini dapat membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga. Bantuan khas ini mampu bantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS BKK 2024

Kerajaan telah menetapkan kadar pembayaran bantuan khas BKK adalah minimum RM150 seorang sebulan sehingga maksimum RM1000 satu keluarga sebulan. Kelayakan pecahan kadar bantuan kanak-kanak adalah seperti berikut :

  • 6 tahun dan ke bawah : RM200 seorang (sebulan)
  • 7 tahun hingga 18 tahun : RM150 seorang (sebulan)
  • Maksimum untuk satu keluarga : RM1,000 sebulan

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BKK

Terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi permohonan BKK tahun ini seperti di bawah :

  • Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Penjaga/ keluarga yang memberi jagaan kepada anak-anak
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Kelayakan boleh dipertimbangkan bagi remaja berumur 18 tahun keatas jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK JKM

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan kanak-kanak boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK (JKM)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group di bawah untuk rujukan lebih pantas.

The post BKK : Program Bantuan Khas Sehingga RM1000 Sebulan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button