BANTUANBKK

BKK : Bantuan Khas RM1000 Boleh Dimohon Pada Bulan Julai

BKK : Bantuan Khas RM1000 boleh dimohon pada bulan Julai ini oleh rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk makluman umum, program inisiatif khas bantuan tunai BKK adalah sebahagian dari bajet Belanjawan 2024.

BKK : BANTUAN KHAS SEHINGGA RM1000

Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim program yang dikenali sebagai bantuan kanak-kanak atau BKK dan masih terus dilaksanakan pada tahun ini. Program BKK ini adalah sebuah kategori bantuan bulanan yang diberikan kepada yang memerlukan.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi yang menguruskan sepenuhnya program bantuan kanak-kanak ini. Kadar bayaran bantuan kewangan yang ditawarkan adalah berjumlah sehingga RM1000 bagi satu keluarga.

Tujuan utama program bantuan ini dilancarkan adalah bagi membantu meringankan beban penjaga dan memastikan kestabilan kehidupan kanak-kanak. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat pastikan pertumbuhan serta perkembangan anak tidak terjejas.

PECAHAN KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS BKK

Berikut akan kadar pecahan bayaran bantuan kanak-kanak mengikut kategori kelayakan seperti disediakan dibawah :

  • RM200 seorang : 6 tahun dan ke bawah
  • RM150 seorang : 7 tahun sehingga 18 tahun
  • RM1000 : Jumlah maksimum bagi satu keluarga

SYARAT KHUSUS BANTUAN KHAS BKK 2024

Antara kriteria dan syarat asas kelayakan permohonan bantuan kanak-kanak adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Remaja/ individu berumur 18 tahun dan ke atas layak dipertimbangkan jika masih bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Nota : Perlaksanaan BKK adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini sudahpun termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan senarai perundangan.

DAFTAR & MOHON BANTUAN BKK 2024

Sekiranya berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat daripada skim bantuan ini. Panduan lengkap dan cara memohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban golongan B40. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan masih dibuka untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

The post BKK : Bantuan Khas RM1000 Boleh Dimohon Pada Bulan Julai appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button