BANTUANBINGKASeWallet

Bingkas Ewallet : Bantuan RM300 Dikreditkan Setiap Bulan

Bingkas Ewallet : Bantuan RM300 dikreditkan secara bulanan (setiap bulan) selama tempoh 2 tahun kepada pemohon yang layak. Untuk makluman umum, bermula 1 Julai 2024 permohonan baharu bantuan khas ini telah dibuka kepada orang awam.

BANTUAN RM300 BINGKAS EWALLET

Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah skim program bantuan yang dikenali sebagai kehidupan sejahtera Bingkas. Menerusi program ini, mereka yang layak akan menerima bantuan dalam bentuk ewallet bernilai RM300 sebulan.

Program Bingkas ini diperkenalkan adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat. Nilai kadar bantuan yang diberikan RM300 setiap bulan tersebut boleh digunakan dengan pembelian barangan keperluan asas.

Sekitar 30,000 buah keluarga akan menerima manfaat daripada bantuan ewallet RM300 yang diberikan dalam tempoh 24 bulan. Kepada yang berkelayakan disarankan kemukakan permohonan bagi mendapatkan insentif yang ditawarkan secara percuma ini.

MANFAAT / FAEDAH BANTUAN BINGKAS 2024

Kredit ewallet Bingkas RM300 ini boleh digunakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar berdekatan kawasan masing-masing. Ewallet Bingkas ini menjadikan proses pembelian lebih selamat dan mudah kerana tanpa wang tunai.

Setiap penerima akan menerima had bantuan bulanan sebanyak RM300 untuk membeli barangan keperluan harian asas. Tambah nilai kepada paras RM300 akan dikreditkan secara automatik setiap bulan dan amaun perlu digunakan kerana baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

KRITERIA KHUSUS KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Di bawah adalah beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan (bermula 1 Julai) bagi program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas 2024 :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah dibawah RM5,000 sebulan (Kumpulan B40 & M40)
  3. Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun sekurang-kurangnya 2 orang
  4. Pemilih/ pengundi berdaftar
  5. Lahir atau menetap di Selangor melebihi jangka 10 tahun.

SEMAKAN & DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN EWALLET

Bagi mereka yang menepati kriteria kelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi SELANGKAH. Untuk panduan lengkap dan butiran penuh, sila layari laman portal rasmi bantuan – BINGKAS (eWallet)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Selain Bingkas, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Bingkas Ewallet : Bantuan RM300 Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button