BANTUANBAYU

BAYU : Bantuan RM500 Khas Untuk Keluarga B40 Dan M40

BAYU : Bantuan RM500 Khas ditawarkan kepada mereka yang berada dalam golongan keluarga B40 dan M40 pada tahun ini. Inisiatif berbentuk bantuan ini adalah sebahagian program yang dilaksanakan pada tahun 2024.

BANTUAN KHAS RM500 MELALUI PROGRAM BAYU

Program BAYU atau Bantuan Asas Yuran Universiti ini adalah sebuah inisiatif berbentuk tajaan yuran asas. Perlaksanaan program istimewa ini ditawarkan adalah bertujuan bagi membantu golongan penjaga atau ibu bapa yang mempunyai anak bakal menyambung pengajian di UNISEL.

Dengan adanya program BAYU ini, mereka yang berkelayakan boleh mendapatkan manfaat terutama dari kelompok B40 dan M40. Kadar bayaran bantuan yang disediakan adalah berjumlah RM500 sebagai pembiayaan yuran asas.

Pendaftaran permohonan bantuan BAYU kini telah dibuka bermula 1 Ogos 2024. Kepada yang berkenaan dan layak, jangan lepaskan peluang dapatkan manfaat tajaan bernilai RM500 ini.

Untuk tambahan, kerajaan negeri Selangor juga telah memperkenalkan insentif pemberian sumbangan hadiah pengajian institusi pengajian tinggi (HPIPT). Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM1,00 secara one-off.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAS BAYU

Kerajaan negeri telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program BAYU ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu bapa/ penjaga dalam kelompok B40 dan M40
  • Pemohon merupakan anak negeri Selangor atau telah menetap lebih dari 6 thun di Selangor
  • Dibuka kepada pelajar yang mengikuti program tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda
  • Dibuka kepada para pelajar Universiti Selangor (UNISEL).

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BAYU RM500

Seperti yang telah dimaklumkan, tarikh permohonan telah dibuka bermula :

  • 1 Ogos 2024 bagi tahun asas
  • 29 Ogos 2024 bagi diploma atau degree.

Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan mulai hari ini. Panduan penuh dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – BAYU 2024

Untuk sebarang pertanyaan lebih terperinci boleh rujuk di Universiti Selangor (UNISEL) atau Universiti Islam Selangor (UIS) atau melalui laman portal BAYU.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BAYU terdapat lebih banyak program dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan persekutan dan negeri bagi mengurangkan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang masih ada pada waktu ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum..

The post BAYU : Bantuan RM500 Khas Untuk Keluarga B40 Dan M40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button