BANTUANBAYU

BAYU : Bantuan Khas RM500 Untuk Keluarga B40 & M40

BAYU : Bantuan Khas RM500 ditawarkan untuk keluarga dari kategori B40 dan M40 yang menepati kriteria syarat kelayakan. Untuk makluman, program khas bantuan BAYU ini adalah sebahagian insentif yang ditawarkan pada tahun ini.

PROGRAM BAYU : BANTUAN KHAS RM500

Bagi pengetahuan umum, program BAYU (Bantuan Asas Yuran Universiti) ini adalah satu bantuan berbentuk tajaan yuran asas yang bertujuan membantu golongan ibu bapa kategori B40 dan M40. Mereka yang mempunyai anak dan bakal menyambung pengajian di UNISEL layak memohon.

Melalui inisiatif khas BAYU ini, pihak UNISEL yakin bahawa para pelajar dari kelompok keluarga B40 dan M40 secara khususnya akan menerima manfaat. Kadar bayaran bantuan yang diberikan adalah bernilai RM500 bagi tujuan pembiayaan yuran asas.

Dengan adanya perlaksanaan program seperti ini dapat meringankan beban ibu bapa bagi penyediaan permulaan yuran anak-anak bagi melanjutkan pengajian.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500 (BAYU)

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu bapa berada dalam golongan B40 dan M40
  3. Pemohon lahir di Selangor atau menetap lebih enam (6) tahun di negeri Selangor
  4. Terbuka kepada mereka yang mengikuti program tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda
  5. Terbuka kepada semua pelajar Universiti Selangor (UNISEL).

PENDAFTARAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS BAYU

Kepada mereka yang berkelayakan, pendaftaran boleh dilakukan bermula 1 Ogos 2024 (tahun asas) dan 29 Ogos 2024 (Diploma/ Degree). Untuk rujukan lengkap dan panduan mohon sila layari laman portal rasmi program – BAYU 2024

Selain itu, kerajaan negeri Selangor turut memperkenalkan pemberian sumbangan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (HPIPT) berjumlah RM1,000 secara one-off. Kepada mereka yang merupakan warga Selangor boleh mendapatkan manfaat dari program yang ditawarkan secara percuma ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.

Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post BAYU : Bantuan Khas RM500 Untuk Keluarga B40 & M40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button