BANTUANSARASTRSTR Tambahan

Bayaran Bantuan STR Tambahan RM100 Dikreditkan Julai Ini

Bayaran Bantuan STR Tambahan bernilai RM100 dan RM50 telah dikreditkan pada bulan Julai ini kepada penerima yang layak. Inisiatif tambahan ini adalah lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2024.

BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, kerajaan telah melancarkan sebuah skim pemberian tambahan bantuan kepada penerima STR. Program Sumbangan Asas Rahmah akan memberi manfaat kepada sekitar 700,000 penduduk Malaysia yang merupakan penerima STR tahun ini.

Pembayaran bantuan tambahan STR ini telah dikreditkan pada Julai ini bernilai RM100 kepada isi rumah dan warga emas. Manakala kategori bujang menerima bayaran RM50, bantuan khas ini dikreditkan secara automatik ke dalam mykad setiap penerima.

Kerajaan memperkenalkan insentif tambahan ini adalah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup mereka yang memerlukan terutama miskin tegar. Amaun bantuan yang disalurkan ini boleh digunakan secara tanpa tunai dengan pembelian barang keperluan asas di pasaraya dan kedai berdaftar.

KADAR JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Kementerian kewangan telah memaklumkan kadar jumlah bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

  • RM1,200 : Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas (Miskin / Miskin tegar)
  • RM600 : Penerima STR kategori bujang (Miskin/ Miskin tegar)
  • RM300 : Penerima STR kategori isi rumah (Bukan miskin/ miskin tegar)
  • RM150 : Penerima STR kategori bujang dan warga emas (Bukan miskin/ miskin tegar).

Nota : Bayaran bagi kategori miskin dan miskin tegar telah mula dikreditkan secara berperingkat. Bagi bayaran kategori bukan miskin dan miskin tegar akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini, kalian boleh membuat semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Untuk semakan pantas secara dalam talian, sila layari laman portal rasmi – MyKasih SARA

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post Bayaran Bantuan STR Tambahan RM100 Dikreditkan Julai Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button