Bayaran Bantuan STR Fasa Keempat Dikreditkan Berperingkat
Bayaran bantuan STR Fasa keempat telah mula dikreditkan secara berperingkat seluruh Malaysia bermula hari ini. Pembayaran bantuan sumbangan tunai Rahmah atau STR bagi fasa keempat telah mula dikreditkan secara berperingkat.
BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
Kementerian Kewangan telah mengumumkan pembayaran bantuan tunai STR fasa 4 disalurkan pada 7 November ini. Rakyat Malaysia boleh membuat semakan status pembayaran secara online pada bulan ini.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya pemegang Kad Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan menerima bantuan terlebih dahulu sebelum pemegang kad di bank lain. Kewujudan bantuan tunai ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan penerima, terutama dalam waktu-waktu yang mencabar.
Bayaran bantuan tunai STR fasa 4 akan disalurkan secara menyeluruh pada 7 November ini, bersamaan dengan hari Khamis. Pihak berkuasa telah menjadualkan pengkreditan ini untuk memudahkan penerima dalam merancang perbelanjaan mereka.
Sebagai makluman, pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat, memastikan semua golongan layak dapat memanfaatkannya.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR FASA 4
Kategori penerima yang layak terdiri daripada individu bujang, berkeluarga, dan warga emas. Kelayakan ini dirancang untuk menampung pelbagai lapisan masyarakat yang sedang menghadapi cabaran ekonomi.
Penerima yang telah mendaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan menerima bantuan secara automatik. Sebagai langkah peka kepada masyarakat, kerajaan berharap inisiatif ini dapat memberikan sokongan kepada mereka yang berhak.
Di bawah adalah jumlah bayaran bantuan yang akan diterima mengikut kelayakan kategori masing-masing :
- RM100 – Bujang
- RM150 – Warga emas
- RM100 hingga RM700 – Isi rumah (Kadar ditentukan mengikut kadar pendapatan dan bilangan anak)
CHECK STATUS BAYARAN STR FASA KEEMPAT
Kepada penerima sedia ada yang mempunyai akaun bank, anda boleh membuat semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah di laman rasmi – MySTR . Bagi penerima yang tiada kad bank, bantuan boleh ditebus secara manual melalui kaunter BSN berdekatan.
Untuk maklumat tambahan, sepanjang bulan November ini kerajaan telah membuka portal untuk pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat. Pengemaskinian maklumat ini adalah penting bagi melayakan anda mendapatkan bayaran STR fasa 1 tahun 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bayaran Bantuan STR Fasa Keempat Dikreditkan Berperingkat appeared first on Carianterbaru.