Bantuan Wang Saku RM2500 setahun ditawarkan kepada mereka yang berada dalam golongan keluarga B40 dan M40 pada tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian insentif yang dilaksanakan pada tahun 2024.
BANTUAN ELAUN WANG SAKU RM2500
Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai bantuan kewangan asasi. Inisiatif ini ditawarkan khusus kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran peringkat asasi di mana-mana Universiti Awam (UA).
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah RM3,920 setahun kepada pemohon yang lulus dan bantuan ini diberika sepanjang tempoh pengajian. Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini adalah bagi mengurangkan beban perbelanjaan pengajian mereka yang berada dalam kelompok B40 dan M40.
Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam skim bantuan kewangan Asasi ini adalah seperti di bawah :
- RM1420 : Bantuan yuran pengajian dan yuran penginapan dalam tempoh setahun
- RM2500 : Sebagai elaun wang saku dalam tempoh setahun
- Untuk pelajar negeri Sabah, Sarawak dan Labuan : Tambang penerbangan percuma (pergi dan balik) sekali.
KRITERIA ASAS KELAYAKAN BANTUAN WANG SAKU
Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program bantuan kewangan asasi ini adalah seperti berikut :
- Pemohon berstatus warganegara Malaysia
- Pemohon dari golongan keluarga B40 dan M40
- Pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam (UA)
- Pelajar yang mendaftar mengikuti kursus dengan gunakan syarat kelayakan masuk adalah lulus SPM atau setaraf dengannya
- Pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
CARA MOHON BANTUAN WANG SAKU 2024
Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Permohonan boleh dikemukakan melalui pejabat pendaftaran Universiti Awam masing-masing.
Butiran lengkap maklumat bantuan kewangan asasi ini telah disediakan, sila ke laman pautan rasmi – Bantuan Kewangan KPM
Untuk memudahkan urusan semakan permohonan dari pentadbiran, setiap pemohon perlu sertakan dokumen penting yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.
The post Bantuan Wang Saku RM2500 : Ditawarkan Untuk B40 & M40 appeared first on Carianterbaru.