AidiladhaBANTUANMAIWP

Bantuan Tunai Aidiladha RM500 : Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Tunai Aidiladha RM500 sekali bayar telah mula dikreditkan hari ini bersamaan 14 Jun 2024 kepada mereka yang terlibat. Dalam beberapa hari bakal menjelang sambutan perayaan aidiladha, sebuah pemberian sumbangan telah disalurkan.

BANTUAN TUNAI AIDILADHA RM500

Datuk Mohd Naim Mokhtar selaku Menteri Hal Ehwal Agama telah mengumumkan program pemberian sumbangan berjumlah RM500 secara one-off. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju untuk menyalurkan insentif khas ini.

Perlaksanaan sumbangan ini akan diberikan khusus kepada golongan asnaf di kawasan Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Tujuan utama bantuan sumbangan ini diadakan adalah bagi memeriahkan suasana perayaan kepada golongan yang memerlukan.

Seramai 32,300 penerima akan dapatkan manfaat bantuan khas aidilfitri yang disediakan oleh pihak MAIWP ini. Kadar peruntukan bagi sumbangan bantuan ini adalah sekitar RM16 juta daripada kutipan zakat yang telah diterima.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI AIDILADHA

Untuk makluman, senarai kategori penerima bantuan khas RM500 ini adalah berstatus fakir, miskin, muallaf dan ar-Riqab. Program skim bantuan ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya disalurkan kepada mereka yang berkelayakan sahaja.

Tarikh pembayaran bantuan Aidiladha adalah pada 14 Jun 2024 seperti yang telah diumumkan oleh pihak MAIWP. Setiap penerima disarankan untuk memastikan akaun bank mereka aktif dan dikemaskini bagi memudahkan urusan proses pengkreditan insentif.

Dengan adanya bantuan seperti ini dapat membantu para asnaf membuat persediaan awal bagi sambutan hari raya Aidiladha yang bakal tiba.

SENARAI BANTUAN DISEDIAKAN MAIWP

Kepada yang tidak tahun, pihak MAIWP telah menyediakan pelbagai jenis bantuan zakat yang boleh dimohon selagi menepati syarat kelayakan.

Antara skim yang ada seperti bantuan tunai bulanan, bantuan tempat tinggal, bantuan pendidikan dan bantuan berdikari.

Untuk butiran lengkap dan panduan memohon, sila rujuk di laman rasmi – MAIWP

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan bermacam jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Bantuan Tunai Aidiladha RM500 : Mula Dikreditkan Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button