Bantuan STR Fasa Keempat – Apa yang Perlu Anda Tahu
Bantuan STR Fasa keempat – Pembayaran bantuan tunai rahmah akan mula disalurkan secara berperingkat mulai 7 November ini. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.
Di halaman kali ini dikongsikan perkara ringkas apa yang perlu anda tahu mengenai program bantuan STR sesi 2024.
BANTUAN STR FASA KEEMPAT
Pada sidang Belanjawan 2025, Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah 7 November. Kadar bayaran yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima adalah antara RM100 hingga RM700.
Ini merupakan usaha kerajaan dalam memastikan bahawa setiap individu, sama ada belia, isi rumah, atau warga emas, menerima insentif sumbangan tunai yang sesuai dengan keperluan mereka. Dengan lebih 9 juta penduduk Malaysia dijangka menerima bantuan ini, insentif sumbangan tunai Rahmah menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran kewangan.
Pembayaran tunai ini adalah langkah penting dalam meringankan beban kewangan isi rumah dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Untuk makluman umum, bayaran ini adalah yang terakhir akan diberikan bagi sesi 2024.
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR SETIAP FASA
Berikut dikongsikan berkenaan jadual tarikh rasmi bayaran bantuan STR bagi sesi 2024 mengikut fasa :
- STR Fasa satu (1) – 29 Januari 2024
- STR Fasa dua (2) – 3 April 2024
- STR Fasa tiga (3) – 29 Ogos 2024
- STR Fasa empat (4) – 7 November 2024.
Manakala kadar bayaran yang akan dikreditkan pada fasa keempat mengikut kelayakan kategori adalah seperti berikut :
- Belia bujang : RM100
- Warga emas : RM150
- Isi rumah : RM100 – RM700 (Kadar ditentukan mengikut bilangan anak setiap keluarga).
Nota : Kadar bayaran diatas adalah bagi penerima sedia ada STR yang telah menerima bayaran dari fasa 1 hingga fasa 3. Bagi pendaftaran baharu, nilai bantuan yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori masing-masing.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR MENGIKUT FASA
Sepanjang tahun ini kerajaan menyediakan kemudahan kemaskini maklumat terkini dan semakan status bantuan tunai STR. Untuk semak status bayaran setiap fasa anda boleh layari laman web rasmi – MySTR
MAKLUMAT LANJUT
Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.
The post Bantuan STR Fasa Keempat – Apa yang Perlu Anda Tahu appeared first on Carianterbaru.