BANTUANSARASumbangan Asas Rahmahsumbanganasasrahmah

BANTUAN SARA ONE-OFF RM300 – SEMAK STATUS ANDA

Bantuan SARA ONE-OFF – Sumbangan Asas Rahmah adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan. Salah satu bentuk bantuan yang diberikan adalah sumbangan secara one-off kepada penerima (STR) yang mempunyai status ‘bukan miskin tegar’.

Ini bertujuan untuk memberi sokongan kewangan kepada mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi.

PEMBERIAN BANTUAN SARA ONE-OFF

Seperti yang semua tahu, sebelum ini Sumbangan Asas Rahmah diberikan kepada kategori penerima STR berstatus miskin tegar pada kadar bantuan RM600 dan RM1200. Namun kali ini, pemberian bantuan ini akan diberikan kepada penerima ‘bukan’ miskin secara tunai.

Kerajaan umum pemberian bantuan tambahan SARA one-off ini berjumlah RM150 dan RM300 mengikut kelayakan setiap individu. Para penerima STR telah diumumkan sebagai golongan yang layak menerima insentif.

Pembayaran ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima, yang menjadikan proses akses bantuan ini lebih mudah dan pantas. Tanggal 9 Disember 2024 merupakan tarikh penting apabila insentif ini akan disalurkan kepada mereka yang layak.

SYARAT KELAYAKAN & KADAR BAYARAN SARA ONE-OFF

Antara kriteria syarat asas kelayakan yang telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024
  • Kategori bujang, isi rumah dan warga emas
  • Bukan berstatus (Miskin Tegar)

Kadar bayaran bantuan SARA ONE-OFF mengikut kategori seperti di bawah :

  • RM150 : Kategori bujang
  • RM150 : Kategori warga emas
  • RM300 : Kategori isi rumah.

SEMAK STATUS BANTUAN SARA ANDA

Para penerima STR disarankan untuk membuat semakan bagi memastikan kelayakan mereka dan mendapatkan maklumat mengenai bantuan yang akan diterima. Proses ini membolehkan para penerima merancang kewangan mereka dengan lebih baik.

Untuk semak status anda, sila layari laman web rasmi bantuan – MySARA

pemberian bantuan tambahan one-off ini tidak memerlukan sebarang permohonan, ianya diberikan secara automatik mengikut kelayakan.

LEBIH LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat tempatan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

The post BANTUAN SARA ONE-OFF RM300 – SEMAK STATUS ANDA appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button