BANTUANJKMLatihan Perantis

Bantuan RM200 Sebulan Diberikan Dalam Program BLP 2024

Bantuan RM200 Sebulan diberikan kepada mereka yang berkelayakan menyertai program BLP pada tahun ini yang disediakan oleh kerajaan. Inisiatif istimewa berbentuk bantuan bulanan ini adalah sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

INSENTIF BANTUAN RM200 SEBULAN

Bagi sedia maklum, pada tahun ini terdapat sebuah program yang boleh disertai khususnya golongan muda/ belia iaitu bantuan latihan perantis (BLP). Program khas BLP ini adalah merupakan sokongan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Kepada mereka yang layak, elaun bantuan sebanyak RM200 akan disalurkan setiap bulan pada tempoh yang ditetapkan. Permohonan menyertai program bantuan latihan perantis ini dibuka sepanjang tahun 2024.

Tujuan utama perlaksanaan program BLP ini adalah bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan masyarakat. Melalui program BLP ini mereka boleh perolehi kemahiran latihan sambil bekerja dan meningkatkan potensi bagi dapatkan pekerjaan.

Skim bantuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir. Mereka yang sedang menganggur dan bekas pelatih juga berkelayakan untuk menyertai.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM200 SEBULAN

Calon yang layak menerima bantuan khas ini perlu menepati syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak-anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih/ penghuni dari institusi kebajikan
  • Anak tercicir persekolahan dan menganggur
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat
  • Kes-kes seliaan akhlak.

CARA MENYERTAI BANTUAN LATIHAN PERANTIS RM200

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan kini boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Panduan lengkap dan borang permohonan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Latihan perantis (BLP)

Untuk setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani ujian penilaian sebagai pengesahan bantuk kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip dimana bantuan yang diberikan berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Kepada pemohon jangan lupa sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan pentadbiran membuat semakan.

INFO SELANJUTNYA

Bukan BLP sahaja, terdapat banyak lagi kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi kurangkan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila cek senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan RM200 Sebulan Diberikan Dalam Program BLP 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button