BANTUANMyKadSARAsumbanganasasrahmah

Bantuan RM100 Sebulan : Dikreditkan Ke MyKad Penerima STR

Bantuan RM100 Sebulan dikreditkan ke dalam Mykad penerima STR yang layak bermula Januari Sehingga Disember tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan tambahan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN RM100 SEBULAN (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)

Tahukah kalian, pihak kerajaan telah memperkenalkan program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Program SARA ini adalah merupakan lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan pada kadar sehingga RM1,200 setahun.

Sekitar 700,000 penerima sedia ada STR akan menerima manfaat daripada sumbangan SARA bagi sesi tahun 2024. Kategori bujang, isi rumah dan warga emas terlibat menerima insentif tambahan ini pada kadar bantuan yang ditetapkan.

Bayaran bagi penerima STR miskin dan miskin tegar ditetapkan pada kadar RM600 dan RM1,200 setahun. Pemberian dilakukan secara kredit terus ke dalam akaun MyKad masing-masing secara bulanan dalam tempoh 12 bulan bagi semenanjung Malaysia.

Manakala untuk penerima STR Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima bayaran sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu Februari dan Ogos. Tujuan perlaksanaan program SARA ini adalah bagi mengurangkan beban rakyat dan hanya diberikan kepada penerima lulus STR sahaja.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN

Tiada sebarang permohonan perlu dikemukakan bagi bantuan SARA ini dan berikut adanya syarat asas kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sesi tahun 2024
  • Kategori isi rumah, bujang dan warga emas
  • Tersenarai sebagai kategori miskin dan miskin tegar di bawah data e-kasih dan JKM.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA 2024

Kepada penerima STR bagi tahun ini, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif bulanan ini. Panduan lengkap dan semakan status boleh dilakukan melalui laman rasmi bantuan – MyKasih SARA

Buat penerima yang layak, amaun yang dikreditkan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di laman utama atau sertai group dibawah untuk maklumat pantas.

The post Bantuan RM100 Sebulan : Dikreditkan Ke MyKad Penerima STR appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button