Bantuan MyKad RM50 – RM200 Sebulan : Cek Kelayakan Segera
Bantuan MyKad RM50 – RM200 sebulan kini telah disalurkan setiap bulan bermula April sehingga Disember 2025. Program ini bertujuan untuk membantu golongan B40, termasuk mereka yang bukan miskin dan miskin tegar di Malaysia.
Dengan jumlah penerima yang mencapai 5.4 juta penduduk, inisiatif ini diharapkan dapat memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan.
PEMBERIAN BANTUAN MYKAD RM50 – RM200
Kerajaan MADANI telah memperkenalkan program Sumbangan Asas Rahmah atau Bantuan MyKad di bawah Belanjawan 2025. Sebelum ini bantuan MyKAD hanya diberikan kepada golongan miskin tegar sahaja.
Atas keprihatinan kerajaan, program SARA telah diperluaskan kepada golongan bukan miskin atau B40. Kategori penerima yang layak untuk bantuan ini termasuk belia bujang, warga emas, dan isi rumah.
Penyaluran bantuan ini memberikan peluang kepada ramai individu untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Khususnya, bagi mereka yang telah menerima bantuan STR pada tahun ini, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara dalam talian, memudahkan akses dan pengesahan bantuan.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan MyKad ini atau memohon, langkah pertama adalah melayari laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/. Di sini, anda boleh mencari maklumat mengenai cara permohonan dan panduan untuk menyemak status kelayakan.
Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses pemohonan. Program bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan, tetapi juga untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia.
BERAPA JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025?
Untuk makluman umum, setiap kategori akan menerima bayaran bantuan berbeza mengikut kelayakan. Di bawah disediakan kadar jumlah yang telah ditetapkan mengikut kelayakan kategori penerima.
KATEGORI ISI RUMAH (BERKELUARGA)
- Golongan miskin / miskin tegar : RM200 sebulan (RM2,100 setahun) (Jan – Disember 2025)
- Golongan bukan miskin / B40 : RM100 sebulan (RM900 setahun) (April – Disember 2025)
KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN)
- Golongan miskin / miskin tegar : RM150 sebulan (RM1,650 setahun) (Jan – Disember 2025)
- Golongan bukan miskin / B40 : RM50 sebulan (RM450 setahun) (April – Disember 2025)
BELIA BUJANG (21 TAHUN)
- Golongan miskin / miskin tegar : RM50 sebulan (RM600 setahun) (Jan – Disember 2025)
- Golongan bukan miskin / B40 : RM0 (Kategori ini tidak layak menerima).
APA SYARAT UTAMA KELAYAKAN BANTUAN MYKAD?
Bagi pengetahuan umum, insentif SARA ini diberikan secara automatik mengikut kelayakan dan tidak memerlukan sebarang permohonan. Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti :
- Berstatus warganegara Malaysia yang sah
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)
- Berada dalam kelompok B40, miskin dan miskin tegar.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM200 SEKARANG
Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan status kelayakan boleh disemak secara terus. Panduan adalah seperti berikut ;
- Layari laman portal rasmi MyKasih
- Tekan pada butang ‘Semak Status’
- Masukkan nombor mykad
- Klik butang Semak status dan selesai
- Status kelayakan anda akan dipaparkan pada skrin dengan nilai bantuan anda terima.
Nota : Bantuan ini diberikan secara kredit / ewallet di dalam mykad setiap bulan. Amaun tersebut boleh ditebus / digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit seluruh Malaysia.
JENIS-JENIS BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA BANTUAN MYKAD
Sekiranya anda layak menerima insentif bantuan khas SARA ini, kadar bantuan yang disalurkan boleh digunakan untuk membeli barangan seperti :
- Keperluan makanan asas : Minyak masak, gula, beras, tepung, susu dan sebagainya
- Minuman : Kopi, teh, air mineral, minuman kesihatan dan berkaitan
- Ubat-ubatan dan keperluan kebersihan
- Peralatan sekolah dan pendidikan.
Untuk lebih memudahkan, anda boleh scan barcode barangan keperluan yang dibenarkan di aplikasi mykasih.
ADAKAH BANTUAN INI PERLU DIMOHON SETIAP BULAN?
Tidak perlu, sekali anda membuat semakan status dan layak, secara automatik anda akan terima bayaran setiap bulan sehingga Disember 2025.
NILAI BANTUAN MYKAD RM200 AKAN BERTAMBAH JIKA TIDAK DIGUNAKAN?
Ya, nilai amaun bantuan akan dibawa ke bulan berikutnya dan anda boleh gunakan sebelum tarikh luput (setahun).
BOLEHKAH BANTUAN MYKAD INI DITUKAR KEPADA TUNAI?
Tidak boleh, bantuan ini diberikan dalam bentuk ewallet dan hanya boleh ditebus untuk membeli barangan keperluan harian.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain SARA, terdapat lebih banyak lagi program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DI SINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan MyKad RM50 – RM200 Sebulan : Cek Kelayakan Segera appeared first on Carianterbaru.