BANTUANJKMModalPerniagaan

Bantuan Modal Perniagaan RM2700 Melalui Program GP 2025

Bantuan modal perniagaan RM2700 yang disediakan melalui program Geran Pelancaran (GP) adalah inisiatif penting di bawah belanjawan 2025. Inisiatif ini membolehkan individu dan keluarga mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk memperkasakan ekonomi rakyat Malaysia.

PROGRAM BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM2700

JKM agensi dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memperkenalkan program bantuan khas Geran Pelancaran. Pelaksanaan insentif ini bertujuan untuk membekalkan peluang keusahawanan kepada mereka yang ingin memperbaiki taraf hidup mereka.

Pada tahun lalu, pihak KPWKW telah umum bahawa kadar bantuan GP ini bakal dinaikkan kepada RM5,000 pada tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Selain itu, bantuan modal ini juga membantu merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dengan memberikan peluang kepada individu untuk mencuba idea perniagaan mereka. Dengan adanya sumber kewangan yang mencukupi, peserta program boleh melabur dalam perniagaan yang berpotensi untuk berdaya saing dan berkembang.

Ketika memohon bantuan ini, pesanan memerlukan kelayakan tertentu yang akan diteliti oleh JKM. Setelah permohonan diluluskan, penerima akan menerima bantuan modal perniagaan yang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara, termasuk membeli peralatan, mengupah pekerja, atau menyewa premis.

Melalui program ini, diharapkan lebih ramai individu akan menjalankan perniagaan yang memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan ekonomi secara keseluruhan. Matlamat utama program ini ditawarkan adalah seperti :

  • Memperkasa rakyat terutama golongan sasar JKM yang produktif dan mempunyai minat, kemahiran dan potensi menjana pendapatan
  • Dapat wujudkan program pembangunan dan pengintegrasian bagi membantu klien mencapai kemandirian dan peluang
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah melalui peluang keusahawanan.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN

Jika anda merupakan golongan memerlukan dan berminat mohon bantuan modal perniagaan, pendaftaran boleh dibuat secara online. Untuk butiran selengkapnya dan panduan mohon, sila layari laman rasmi – eBantuan JKM 2025

MAKLUMAT LEBIH LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai jenis program bantuan berbentuk kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Modal Perniagaan RM2700 Melalui Program GP 2025 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button