BANTUANLesenMyLesen

Bantuan Lesen Tahun 2024 : Kriteria Kelayakan & Panduan Mohon

Bantuan Lesen Tahun 2024 : Kriteria kelayakan dan panduan cara mohon telah disediakan di halaman ini untuk rujukan umum. Program Khas MyLesen ini adalah merupakan sebahagian inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN LESEN TAHUN 2024

Untuk makluman, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju meneruskan program MyLesen B2 bagi sesi tahun 2024.

Pihak kerajaan akan menanggung sepenuhnya mereka yang menyertai program ini dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Perlaksanaan skim bantuan istimewa ini adalah bagi memperkasa sekitar 35,000 peserta yang berada dalam golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu B2.

Kepada mereka yang berkelayakan boleh mohon dan menyertai program mylesen B2 ini untuk mendapatkan lesen memandu jenis motorsikal secara percuma. Permohonan dibuka terhad kepada 35,000 kuota penyertaan sahaja.

Tarikh tutup penyertaan adalah sekiranya kuota telahpun dipenuhi dan kerajaan berkemungkinan akan membuka semula bagi sesi kedua. Inisiatif mylesen ini adalah usaha dari Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaik taraf golongan berpendapatan rendah.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LESEN TAHUN 2024

Antara syarat-syarat asas kelayakan bagi menyertai program bantuan MyLesen B2 yang telah ditetapkan adalah seperti :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 16 tahun dan keatas
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis lesen memandu
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Merupakan penerima bantuan kerajaan seperti (ekasih, zakat, JKM, JAKOA, Baitulmal, LHDNM
  • Golongan B40
  • Bebas daripada senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
  • Tanggungan kepada penerima bantuan berkelayakan untuk memohon.

PANDUAN MOHON BANTUAN MYLESEN

Untuk makluman umum, permohonan menyertai program Mylesen telah dibuka bermula awal tahun ini. Panduan mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari pautan rasmi – MyLesen B2

Program ini dibuka penyertaan kepada 35,000 kouta sahaja, permohonan akan ditutup jika kuota telahpun penuh. Kepada mereka yang terlepas, berkemungkinan akan dibuka semula untuk sesi yang kedua dan kemaskini maklumat akan dibuat dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Bantuan Lesen Tahun 2024 : Kriteria Kelayakan & Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button