BANTUANBantuan KewanganSARA

Bantuan Khas RM50 – RM200 Dikreditkan Mei Ini

Bantuan Khas RM50 – RM200 mula dikreditkan pada bulan Mei ini kepada sekitar 5 juta penduduk Malaysia yang berkelayakan. Inisiatif ini adalah khusus untuk golongan bujang, isi rumah, dan warga emas.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk memberikan sokongan tambahan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS RM50 – RM200

Untuk makluman umum, kerajaan MADANI telah memperkenalkan sebuah program bantuan Sumbangan Asas Rahmah. Bantuan ini hanya diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.

Bermula April sehingga Disember 2025, bantuan SARA telah diperluaskan kepada kategori bukan miskin dan B40. Bantuan SARA ini diberikan dalam bentuk ewallet, kredit terus ke dalam mykad setiap penerima.

Insentif tambahan ini diperuntukkan kepada penerima yang telah mendaftar STR dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Mereka yang termasuk dalam senarai penerima adalah individu yang berstatus penerima STR 2025 sahaja.

Pemberian inisiatif khas sumbangan asas Rahmah ini adalah amat penting dalam membantu masyarakat yang berpendapatan rendah. Dengan bantuan tambahan ini, diharapkan dapat meningkatkan kualiti hidup serta mengurangkan beban kewangan mereka.

Oleh itu, setiap individu dan keluarga yang layak sangat digalakkan untuk memanfaatkannya. Amaun bantuan yang disalurkan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas di pasaraya berhampiran.

KADAR BANTUAN KHAS SARA MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar bayaran bantuan Mykasih yang telah ditetapkan mengikut kategori :

  • Isi rumah : Miskin (RM200) / B40 (RM100)
  • Warga emas : Miskin (RM150) / B40 (RM50
  • Bujang : Miskin (RM50) / B40 (RM0)

Kadar bayaran bantuan SARA diatas dikreditkan secara automatik setiap bulan sehingga Disember 2025.

SIAPA LAYAK MENERIMA BANTUAN RM50 – RM200 INI?

Bagi pengetahuan umum, program SARA tidak memerlukan sebarang borang permohonan. Bantuan diberikan berdasar data maklumat STR dan hanya diberikan kepada penerima STR sahaja.

Jika anda adalah penerima STR 2025, semakan status SARA boleh disemak melalui laman web rasmi – MyKASIH 2025

Sekiranya nama anda tersenarai sebagai penerima SARA, bantuan ini akan dikreditkan setiap bulan tanpa perlu membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan Khas RM50 – RM200 Dikreditkan Mei Ini appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button