BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

Bantuan Khas RM200 Sebulan : Disediakan Melalui Program BLP

Bantuan Khas RM200 Sebulan : Disediakan melalui program BLP pada tahun ini dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman, bantuan khas BLP ini merupakan salah satu inisiatif dibawah bajet Belanjawan 2024.

BANTUAN KHAS RM200 SEBULAN MELALUI BLP

Tahukah kalian, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan skim bantuan yang berperanan membantu golongan sasar. Salah satu bantuan yang boleh dimohon adalah menerusi program Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Program BLP menawarkan bantuan kewangan bulanan pada kadar RM200 kepada rakyat Malaysia yang layak. Bantuan istimewa BLP ini diberi keutamaan kepada anak klien JKM, penerima bantuan, mereka yang sedang mengangur dan bekas pelatih atau bekas penghuni kebajikan.

Perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia yang berada dalam kelompok golongan sasar. Dengan adanya insentif bulanan ini secara langsung penerima dapat memperoleh kemahiran latihan sambil bekerja.

SYARAT-SYARAT BANTUAN BLP RM200 SEBULAN

Antara beberapa syarat-syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti di berikut :

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Anak-anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih atau bekas penghuni daripada mana-mana institusi kebajikan
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat
  • Kes-kes seliaan akhlak.

PANDUAN MOHON BANTUAN KHAS BLP RM200

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap cara memohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BLP 2024

Setiap borang permohonan yang didaftarkan akan dinilai bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan. Perkara ini adalah selaras dengan prinsip pemberian bantuan berdasarkan kelayakan agar mereka yang benar-benar layak menerima bantuan.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran bagi proses semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (pemohon)
  • Dokumen lain yang berkaitan dengan jenis bantuan yang dimohon.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post Bantuan Khas RM200 Sebulan : Disediakan Melalui Program BLP appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button