AsasiBANTUANKPM

Bantuan Kewangan Asasi RM3920 Setahun : Untuk B40 & M40

Bantuan Kewangan Asasi RM3920 setahun ini ditawarkan kepada para pelajar yang berada dalam keluarga B40 dan M40. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan yang disediakan kepada golongan belia pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN ASASI RM3920 SETAHUN

Seperti yang sedia maklum, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan yang merangkumi bantuan kewangan dan kemudahan asas. Salah satu skim bantuan yang disediakan pada tahun ini adalah bantuan kewangan asasi.

Program istimewa ini merupakan bantuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditawarkan khusus kepada golongan belia. Perlaksanaan bantuan ini adalah bertujuan membantu para pelajar dari kumpulan keluarga B40 dan M40.

Mereka yang sedang mengikuti program bertaraf Asasi di Universiti Awam (UA) berkelayakan untuk dapatkan manfaat daripada skim bantuan ini. Dengan adanya insentif tambahan ini pihak KPM yakin dapat membantu golongan pelajar bagi meningkatkan mutu dalam pelajaran.

MANFAAT BANTUAN KEWANGAN ASASI

Kepada pemohon yang layak, kadar bayaran bantuan diberikan dalam bentuk elaun wang saku berjumlah RM2,500 setahun. Manakala yuran pengajian dan yuran penginapan sebanyak RM1,420 setahun turut akan diberikan.

Bukan itu sahaja, kepada pelajar daripada negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima tambang penerbangan di bawah program bantuan Asasi ini. Permohonan boleh dikemukakan selagi individu menepati kriteria syarat yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASASI

Berikut adalah beberapa kriteria asas syarat kelayakan bantuan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon berada dalam kelompok keluarga B40 atau M40
  • Bantuan pembiayaan kewangan ini adalah khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di mana-mana Universiti Awam
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus menggunakan syarat kelayakan lulus masuk – SPM atau setaraf denganya
  • Kursus pengajian diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi KPM.

PANDUAN MOHON BANTUAN KEWANGAN ASASI

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila rujuk pada laman rasmi – Bantuan Kewangan KPM

Bagi memudahkan urusan pentadbiran untuk membuat semakan permohonan, setiap pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan masih boleh dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Kewangan Asasi RM3920 Setahun : Untuk B40 & M40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button