BANTUANi-SuriKWSPSuri Rumah

Bantuan Insentif Suri Rumah : Sehingga RM300 Setahun

Bantuan Insentif Suri Rumah berjumlah sehingga maksimum RM300 boleh didapatkan dalam program i-suri KWSP pada tahun ini. Untuk makluman umum, pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif telah disediakan bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia.

BANTUAN INSENTIF SURI RUMAH

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP telah memperkenalkan sebuah program kemudahan yang diberi keutamaan kepada golongan wanita. Kini mereka yang berstatus suri rumah boleh memilih untuk mencarum di bawah i-suri serta menerima insentif khas daripada pihak kerajaan.

Perlaksanaan kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan kumpulan suri rumah untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara. Kemudahan i-suri KWSP ini sangat memberi manfaat kepada golongan wanita yang berstatus suri rumah.

FAEDAH KEMUDAHAN I-SURI KWSP (INSENTIF BANTUAN)

Antara faedah dan manfaat yang boleh didapatkan di dalam kemudahan i-suri KWSP adalah seperti berikut :

  • Insentif Khas : Setiap pencarum akan menerima insentif sebanyak 50% dari setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300 dalam setahun (semasa)
  • Bantuan kematian : Secara automatik layak menerima bantuan khairat kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
  • Dividen tahunan : Dapat menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan
  • Perlepasan cukai : Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Nota : Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau sehingga mencapai 55 tahun, mana-mana yang terlebih dahulu. Semua adalah tertakluk kepada terma serta syarat yang telah ditetapkan kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN INSENTIF SURI RUMAH

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas bagi menyertai kemudahan i-suri KWSP seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai maklumat terkini.

Kaedah bayaran : Setiap caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh tiga hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik. Manakala tujuh hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

PANDUAN DAFTAR I-SURI KWSP 2024

Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mula daftarkan diri dalam kemudahan i-suri bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – I-SURI KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Bantuan Insentif Suri Rumah : Sehingga RM300 Setahun appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button