BANTUANBulananBWEJKMWarga Emas

Bantuan Bulanan BWE RM500 : Syarat Kelayakan Permohonan

Bantuan Bulanan BWE RM500 : Syarat kelayakan dan panduan permohonan telah disediakan di halaman kali ini untuk rujukan. Seperti telah dimaklumkan, program bantuan kewangan BWE ini adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN BULANAN BWE RM500

Tahukah kalian, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas atau BWE. Permohonan boleh dikemukakan oleh rakyat Malaysia yang (menepati kriteria kelayakan) sepanjang tahun ini.

Perlaksanaan skim bantuan khas BWE ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun 2024 adalah bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

Kadar bayaran bantuan tunai yang akan diberikan adalah berjumlah RM500 dan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan selagi penerima berkelayakan.

KRITERIA SYARAT LAYAK BANTUAN BULANAN BWE

Berikut dikongsikan beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi program BWE 2024 seperti :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Individu/ pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan asas secara percuma.

LANGKAH-LANGKAH MOHON BANTUAN BULANAN RM500

Kepada mereka yang menepati kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan segera bagi dapatkan manfaat yang disediakan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – BWE 2024

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman diatas, untuk memudahkan urusan pentadbiran semakan permohonan. Pemohon disarankan sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon)
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dokumen sokongan yang berkaitan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan skim bantuan kebajikan, sila hubungi talian khas JKM di – 603 8000 8000 atau hadir ke pejabat kebajikan masyarakat berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Bantuan Bulanan BWE RM500 : Syarat Kelayakan Permohonan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button