BANTUANBarang DapureWallet

Bantuan Barang Dapur Bulanan RM300 – Untuk B40 & M40

Bantuan Barang Dapur Bulanan berjumlah RM300 – Program ini dibuka kepada golongan keluarga B40 dan M40 yang memerlukan. Inisiatif khas berbentuk bantuan ewallet ini adalah sebahagian insentif dibawah Belanjawan 2024 kerajaan negeri.

BANTUAN BARANG DAPUR BULANAN

Untuk makluman umum, program bantuan Kehidupan Sejahtera ini diperkenalkan adalah bagi menangani masalah kewangan rakyat. Program khas ini dirangka khusus untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga yang memerlukan.

Pihak kerajaan negeri Selangor telah menyediakan bantuan kehidupan sejahtera Bingkas ini untuk memberi sokongan kepada keluarga-keluarga sederhana. Dengan adanya sumbangan ini dapat meluaskan manfaat kepada 30,000 kuota isi rumah/ keluarga.

Kadar bayaran bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan anak-anak. Tujuan utama perlaksanaan program istimewa ini adalah bagi meningkatkan kestabilan kewangan dan cabaran ekonomi.

MANFAAT BANTUAN BARANG DAPUR

Antara manfaat yang akan diterima oleh pemohon yang lulus adalah seperti berikut :

  • Terima had bantuan bulanan bernilai RM300
  • Kredit ewallet boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar
  • Pembelian/ urusniaga dijalankan secara tanpa tunai (ewallet)
  • Baki nilai bantuan bulan semasa perlu dihabiskan kerana tidak akan dibawa ke bulan seterusnya
  • Kadar nilai ewallet akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat asas kelayakan bagi menyertai program bantuan barang dapur khas ini seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah (keluarga) di bawah RM5,000 sebulan
  • Diutamakan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor
  • Pemilih berdaftar.

PANDUAN LENGKAP BANTUAN

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, jangan lepaskan peluang untuk daftar permohonan bagi dapatkan manfaat dari program ini. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera 2024

Nota : Permohonan akan ditutup sekiranya kuota 30,000 penerima telah dicapai.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

The post Bantuan Barang Dapur Bulanan RM300 – Untuk B40 & M40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button