Bantuan Awal Persekolahan 2025 – Tarikh Pembayaran
Bantuan Awal Persekolahan 2025 – Kerajaan MADANI bersetuju meneruskan pemberian (BAP) kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi pembelajaran 2025/2026.
INISIATIF BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025
Satu fakta menarik mengenai bantuan ini adalah ia akan diberikan secara one-off tanpa mengira had kelayakan pendapatan ibu bapa atau penjaga pelajar. Keputusan ini diambil bagi memastikan semua pelajar, tanpa mengira latar belakang kewangan keluarga, dapat menikmati manfaat pendidikan yang lebih baik.
Dengan peruntukan sebanyak RM800 juta, kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan merangsang pembelajaran yang efektif di kalangan pelajar.
Kadar bayaran bantuan awal persekolahan adalah sebanyak RM150 yang disalurkan secara sekali bayar kepada setiap murid. Dengan adanya Bantuan Awal Persekolahan ini, pelajar akan lebih bersedia untuk memulakan tahun pembelajaran yang baru. Insentif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga dalam menyediakan keperluan pendidikan seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah.
Selain itu, ia juga menjadi salah satu langkah untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dalam pendidikan, selaras dengan visi kerajaan untuk menghargai pendidikan sebagai aset penting bagi masa depan negara.
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Untuk makluman umum, pengagihan bayaran BAP pada tahun ini akan disalurkan mengikut kategori. Berikut adalah tarikh bayaran bantuan awal persekolahan 2025 yang telah ditetapkan :
- Murid tahun 1 hingga tingkatan 4 : Bayaran pada 13 Januari 2025
- Pelajar tingkatan 6 semester 2 tahun 1 : Bayaran pada 16 Februari 2025
- Pelajar tingkatan 6 baharu : Bayaran pada 1 Julai 2025.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN (BAP) 2025
Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan kaedah pengagihan bayaran bantuan khas ini. Pemberian akan dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan sekolah sama ada melalui kredit ke akaun atau tunai.
Untuk lebih informasi, ibu bapa boleh rujuk pada pihak sekolah berkenaan status pembayaran bantuan ini. Kepada mereka yang terlepas padang, semakan butiran lebih terperinci boleh dirujuk pada laman rasmi kerajaan – BAP (KPM)
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang berkeperluan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.
The post Bantuan Awal Persekolahan 2025 – Tarikh Pembayaran appeared first on Carianterbaru.