Awal PengajianBANTUANMAIDAM

Bantuan Awal Pengajian – Di Dalam & Luar Negara (MAIDAM)

Bantuan Awal Pengajian di dalam dan luar negara berjumlah sehingga RM2,500 ditawarkan dan boleh dimohon pada tahun ini. Seperti sedia maklum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan kewangan yang disediakan kepada golongan belia pada tahun 2024.

BANTUAN AWAL PENGAJIAN

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menyediakan sebuah skim yang dikenali sebagai bantuan zakat IPT pengajian dalam dan luar negara. Permohonan kini telah dibuka kepada para pelajar yang berminat dan berkelayakan pada tahun 2024.

Program insentif bantuan ini ditawarkan kepada pelajar yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat sijil, matrikulasi, diploma, asasi, ijazah sajana muda, master dan PHD.

Menerusi program bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kategori dan bantuan diberikan secara sekaligus (one-off). Kadar bantuan telah ditetapkan mengikut setiap peringkat pengajian oleh yayasan pendidikan MAIDAM.

PECAHAN KADAR BAYARAN BANTUAN AWAL

Untuk makluman umum, dibawah adalah pecahan kadar bayaran bantuan awal IPT mengikut kategori seperti berikut :

  • Sijil : Dalam negara (RM600)
  • Diploma : Dalam negara (RM800) dan luar negara (RM800)
  • Ijazah sarjana muda : Dalam negara (RM1,000) dan luar negara (RM2,000)
  • Sarjana : Dalam negara (RM1,200) dan luar negara (RM2,500)
  • PHD : Dalam negara (RM1,500)

SYARAT ASAS KELAYAKAN BANTUAN AWAL PENGAJIAN

Kerajaan negeri telah menetapkan beberapa kriteria asas kelayakan bagi memohon bantuan khas ini, antaranya :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon beragama islam, berakal dan baligh
  • Individu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian
  • Tidak melibatkan pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan
  • Tempoh masa pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan
  • Pemohon dan ibu bapa (penjaga) rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya tempoh 1 tahun sebelum melanjutkan pengajian
  • Pemastautin tetap di negeri terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun
  • Ibu dan bapa yang bekerja di negeri Terengganu.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN MAIDAM

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian, panduan lengkap cara mohon telah disediakan melalui laman portal rasmi – Bantuan MAIDAM

MAKLUMAT LANJUT

Tahun ini terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Awal Pengajian – Di Dalam & Luar Negara (MAIDAM) appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button