Am NegeriBANTUANKebajikan

Bantuan Am Negeri : Kadar Bayaran & Syarat Kelayakan

Bantuan am negeri adalah sebuah inisiatif penting yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat tempatan. Program ini khususnya direka bagi mereka yang memerlukan dan layak menerima bantuan kewangan secara bulanan.

INISIATIF BANTUAN AM NEGERI

Dalam situasi ekonomi yang mencabar, adalah penting untuk mendapatkan maklumat tentang sumber bantuan yang tersedia untuk masyarakat. Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengendalikan program bantuan ini.

Dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan, mereka memastikan setiap individu dan keluarga yang memenuhi kriteria dapat menerima bantuan yang diperlukannya. Ia menjadi alat penting dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada bantuan kewangan ini.

Tujuan utama perlaksanaan program seperti ini adalah bagi memastikan kesejahteraan hidup masyarakat yang berada dalam kesusahan atau kurang berkemampuan. Dengan adanya insentif bulanan ini kerajaan yakin dapat membantu penerima meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.

KADAR BAYARAN BANTUAN AM MENGIKUT NEGERI

Kadar bayaran bantuan am negeri berbeza-beza mengikut negeri yang menawarkannya. Ini adalah kerana setiap negeri mempunyai keperluan dan sumber kewangan yang berbeza.

Oleh itu, penting bagi individu untuk mengetahui kadar dan syarat pemohon berdasarkan lokasi mereka. Melalui inisiatif ini, kerajaan berusaha untuk memberikan sokongan yang lebih baik kepada mereka yang berisiko dan memerlukan di setiap kawasan negeri.

Berikut adalah kadar bayaran bantuan am mengikut negeri :

  • Selangor : RM350 seorang sebulan
  • Perak : RM400 sebulan
  • Sarawak : RM200 – RM300 sebulan
  • Sabah : RM200 – RM350 sebulan
  • Melaka : RM300 sebulan

Untuk negeri yang tidak dinyatakan, anda boleh rujuk pada pejabat kebajikan masyarakat berhampiran untuk mengetahui kadar bantuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM NEGERI

Bagi memastikan bantuan ini diberikan kepada yang benar-benar memerlukan, kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan seperti :

  • Pemohon warganegara Malaysia
  • Lahir atau menetap di negeri yang dimohon
  • Pendapatan isi rumah dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Tidak diliputi oleh mana-mana bantuan bulanan JKM yang lain.

DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN SEGERA

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar permohonan bantuan ini. Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian atau manual di pejabat JKM berdekatan.

Untuk panduan lengkap berkenaan bantuan am ini, sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat bermacam jenis kemudahan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan Am Negeri : Kadar Bayaran & Syarat Kelayakan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button