BANTUANBiasiswaBiasiswa dan PendidikanGENM

Bantuan Biasiswa GENM 2025 : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan Biasiswa GENM 2025 adalah inisiatif untuk menyokong pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat. Ia membuka peluang bagi individu yang memerlukan bantuan kewangan untuk mencapai cita-cita akademik mereka.

Bagi sesi tahun ini, permohonan bantuan biasiswa dibuka hingga 15 Ogos 2025 dan peluang ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar.

PROGRAM KHAS BANTUAN BIASISWA GENM 2025

Sempena ulang tahun Jubli Intan ke 60, pihak Genting Malaysia Berhad (GENM) telah melaksanakan sebuah program Biasiswa. Program khas ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 bagi memberi peluang kepada ratusan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

BIASISWA GENM

Program biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar yang memenuhi kriteria tertentu, termasuk tahap pencapaian akademik dan keperluan kewangan. Selaras dengan misi untuk memupuk pendidikan yang lebih baik, semakan kelayakan akan dilakukan agar proses pemilihan adalah adil dan telus.

Adalah penting bagi pemohon untuk memastikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan disediakan dengan lengkap. Pihak GENM mengalu-alukan permohonan pelajar dari keluarga B40 dan M40 bagi mendapatkan manfaat dari tawaran biasiswa.

KELAYAKAN MOHON BIASISWA GENM 2025

Untuk makluman umum, pendaftaran permohonan biasiswa GENM kini dibuka sehingga tarikh tutup pada 15 Ogos 2025. Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut ;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 23 tahun dan kebawah
  • Pelajar yang sedang menunggu tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda dalam atau luar negara
  • Berada dalam kelompok keluarga B40 atau M40
  • Pelajar berstatus sepenuh masa sahaja layak mohon.

CARA MOHON BIASISWA GENM

Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman portal rasmi – BIASISWA GENM . Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan menghantar semua dokumen sokongan melalui portal rasmi.

Sila pastikan anda mengisi borang dengan teliti dan mematuhi semua tarikh akhir yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang melibatkan diri dalam permohonan ini, diharapkan agar anda mengambil langkah yang bijak demi masa hadapan akademik anda.

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini terdapat pelbagai kemudahan, inisiatif dan bantuan yang disediakan khusus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Biasiswa GENM 2025 : Permohonan Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button