BANTUANGeran PelancaranJKMPemberian

Pemberian Bantuan Kewangan RM2700 : Semak Disini

Pemberian Bantuan Kewangan RM2700 secara sekaligus ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang menepati kelayakan yang ditetapkan. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN RM2700

Tahukah kalian, kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai bantuan geran pelancaran. Program GP ini adalah merupakan skim bantuan yang ditawarkan untuk modal perniagaan.

Bantuan khas ini dikendalikan oleh pihak JKM pada tahun ini sebagai insentif geran pelancaran one-off. Kadar yang diberikan kepada pemohon adalah berjumlah RM2700 sekaligus.

Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif. Mereka yang mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan layak memohon.

Dengan adanya skim bantuan seperti ini JKM yakin dapat mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat kearah lebih berdikari.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM2700

Antara kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program geran pelancaran adalah seperti berikut :

  • Warganegara dan bermastatutin di negara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Merupakan kumpulan sasar JKM.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN DIBAWAH PIHAK JKM YANG BOLEH DIMOHON :

  • Bantuan Kanak-kanak
  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Am Negeri
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan geran pelancaran

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN JKM

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan melalui laman rasmi – eBantuan JKM

Permohonan juga boleh dilakukan di peringkat pejabat kebajikan masyarakat Daerah/ jajahan/ bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan melalui siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi pengesahan kelayakan bantuan kepada setiap pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Pemberian Bantuan Kewangan RM2700 : Semak Disini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button