BANTUANBINGKASeWalletPermohonan

Permohonan Baru BINGKAS Dibuka! Bantuan Ewallet RM300

Permohonan Baru BINGKAS kini dibuka semula bermula November ini kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bantuan ewallet yang ditawarkan secara percuma ini.

PERMOHONAN BARU BINGKAS DIBUKA

Kerajaan negeri Selangor telah membuka semula permohonan baru bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera atau BINGKAS. Pendaftaran dibuka bermula 1 November 2025 dan orang ramai boleh kemukakan permohonon selagi menepati kriteria.

Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, program BINGKAS adalah merupakan bantuan ewallet dikreditkan secara bulanan. Berfungsi seperti SARA bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk tunai, ianya disalurkan dalam bentuk ewallet.

Nilai bantuan tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dan alat pendidikan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh Selangor. Kuota program ini adalah menyasarkan sekitar 30,000 keluarga penerima setiap tahun.

Program bantuan kehidupan sejahtera (BINGKAS) ini dirangka khas bagi meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor. Dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan kestabilan kewangan dan mengurangkan cabaran ekonomi keluarga di negeri ini.

MANFAAT & SYARAT MOHON BARU BINGKAS

Bagi pemohon yang lulus, mereka akan menerima beberapa manfaat dalam program BINGKAS seperti berikut :

  1. Terima had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
  2. Ewallet BINGKAS boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya berdaftar
  3. Semua urusniaga pembelian dilakukan secara tanpa tunai (melalui ewallet/ edompet)
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu wajib dihabiskan kerana tidak akan dibawa ke bulan berikutnya
  5. Amaun ewallet BINGKAS akan ditambah nilai ke paras RM300 setiap bulan secara automatik
  6. Bayaran BINGKAS akan disalurkan setiap bulan kepada penerima selama tempoh 24 bulan (2 tahun).

Sebelum kemukakan permohonan, semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Kewarganegaraan : Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Kelayakan gaji : Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Keutamaan bantuan : Keluarga yang mempunyai anak/ tanggungan berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
  • Syarat tambahan : Lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor dan merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor.

DAFTAR BINGKAS SEKARANG

Kepada yang berminat, pendaftaran permohonan BINGKAS boleh dikemukakan selagi kuota masih ada. Untuk mendaftar, anda boleh lakukan secara atas talian melalui laman portal rasmi BINGKAS EWALLET

Setiap permohonan yang dikemukakan akan melalui proses semakan penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak.

PENUTUP & LEBIH INFO

Tedapat banyak lagi program bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini yang boleh dimohon rakyat. Untuk lebih lanjut anda boleh lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon RUJUK SINI sekarang.

The post Permohonan Baru BINGKAS Dibuka! Bantuan Ewallet RM300 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button