BANTUANKeluarga B40MyKasihSARA 2026

Keluarga B40 Terima RM1200 Pada tahun 2026 (SARA MyKasih)

Keluarga B40 Terima RM1200 pada tahun 2026 bagi bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA Mykasih) yang merupakan inisiatif kerajaan. Untuk makluman umum, program SARA akan diteruskan pada tahun hadapan bagi membantu meringankan beban rakyat.

KELOMPOK KELUARGA B40 TERIMA RM1200

Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan SARA akan secara rasmi diteruskan pada tahun 2026 yang melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, isi rumah dan warga emas. Apa yang menarik adalah program ini telah dinaik taraf dan dikemaskini.

Dimana golongan keluarga B40 akan menerima bayaran sebanyak RM1200 setahun, jumlah telah dinaikkan berbanding tahun 2025 RM900 setahun. Manakala keluarga miskin akan menerima RM2,400 setahun pada tahun 2026.

Bukan itu sahaja, kategori bujang B40 akan menerima bayaran SARA pada kadar RM600 setahun manakala bujang miskin terima RM1200 setahun. Dengan kadar bayaran baharu ini amat memberi manfaat kepada penduduk Malaysia pada tahun hadapan.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini dikreditkan secara bulanan ke dalam mykad setiap penerima yang layak. Amaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

Untuk ringkasan butiran ringkas berkenaan SARA 2026, berikut dikongsikan perincian mudah faham :

  • Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  • Tiada permohonan diperlukan, kelayakan merupakan penerima STR
  • Kategori penerima terlibat adalah bujang isi rumah dan warga emas
  • Berstatus B40, miskin dan miskin tegar
  • Bayaran SARA bujang : RM600 (B40) dan RM1200 (Ekasih)
  • Bayaran SARA warga emas : RM600 (B40) dan RM1800 (Ekasih)
  • Bayaran SARA isi rumah : RM1200 (B40) dan RM2400 (Ekasih)
  • Bantuan SARA hanya disalurkan ke dalam mykad sahaja (tiada bayaran secara tunai).

Untuk memastikan sama ada anda layak atau tidak, semakan status boleh dilakukan secara atas talian. Bantuan ini hanya diberikan kepada penerima STR sahaja, untuk cek sila layari laman portal rasmi https://www.sara.gov.my/

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Sila cek senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon RUJUK SINI untuk lebih info.

The post Keluarga B40 Terima RM1200 Pada tahun 2026 (SARA MyKasih) appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button