Bantuan Mula Niaga MADANI Sehingga RM20,000
Bantuan Mula Niaga MADANI menawarkan pembiayaan sehingga RM20,000 kepada individu yang berminat memulakan perniagaan. Untuk makluman umum, program khas ini merupakan salah satu inisiatif dibawah Belanjawan 2025.
INISIATIF BANTUAN MULA NIAGA MADANI

Kepada yang terlepas pandang atau tidak tahun, program MADANI Mula Niaga ini merupakan sebuah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Program istimewa ini ditawarkan kepada usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan secara formal.
Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan yang bertujuan membiaya modal kerja, pembelian aset untuk perniagaan dan pengubahsuaian premis (renovation). Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat daripada inisiatif yang ditawarkan ini.
PERINCIAN PEMBIAYAAN MULA NIAGA MADANI
Untuk maklumat ringkas, berikut dikongsikan perincian butiran berkenaan program Mula Niaga MADANI :
- Skim pembiayaan : Dibawah Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Jumlah pembiayaan : Minimum RM2,000 – maksimum RM20,000
- Tempoh pembiayaan : 1 tahun hingga 3 tahun
- Kadar pembiayaan : 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar adalah tetap)
- Permohonan dibuka : Sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN MOHON MULA NIAGA
Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Perusahaan mikro/ kecil yang baru dimulakan perniagaan secara formal
- Terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia sahaja
- Bekerja sendiri termasuk profesional seperti akauntan, doktor, peguam
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan
- Perniagaan berdaftar sah dengan suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) / Pihak berkuasa tempatan (PBT) / agensi / badan profesional (terpakai hanya bagi profesional).
CARA MOHON MULA NIAGA
Bagi mereka yang berminat, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini selagi menepati kelayakan. Berikut adalah panduan daftar permohonan Mula Niaga :
- Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi IHSAN MADANI (MULA NIAGA)
- Kemukakan permohonan di pusat mikro kewangan BSN / cawangan utama negeri.
Pastikan anda sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan :
- Salinan kad pengenalan pemilik / rakan kongsi
- Sijil pendaftaran syarikat dengan SSM / lesen perniagaan PBT
- Penyata akaun bank terbaru 3 bulan
- Dokumen sokongan yang berkaitan.
PENUTUP & LEBIH INFO
Banyak lagi program, kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada warga yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon RUJUK SINI untuk lebih info.
The post Bantuan Mula Niaga MADANI Sehingga RM20,000 appeared first on CARIANTERBARU.