B40BANTUANIHSAN MADANIkeluagaSARA 2026

Keluarga B40 Terima RM100 Setiap Bulan Bermula Januari 2026

Keluarga B40 Terima RM100 setiap bulan mulai Januari 2026 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara percuma. Untuk makluman umum, program bantuan ini adalah inisiatif dibawah Belanjawan 2026.

KELUARGA B40 TERIMA RM100 SEBULAN

Keluarga B40 terima RM100

Bermula Januari tahun hadapan, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah B40 akan menerima bayaran SARA sebanyak RM1,200 setahun. Bayaran bantuan disalurkan setiap bulan pada kadar RM100 dalam bentuk ewallet.

Amaun tersebut akan dikreditkan secara bulanan ke dalam mykad setiap penerima yang berkelayakan. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

Pastikan cip mykad anda sentiasa dalam keadaaan baik dan berfungsi kerana penebusan bantuan memerlukan pengesahan mykad di kaunter bayaran. Peruntukan bantuan STR dan SARA tahun 2026 adalah sebanyak RM15 bilion dan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk.

Bagi sesi 2026, kategori bujang B40 akan menerima jumlah bayaran SARA sebanyak RM600 setahun dan bujang ekasih sebanyak RM1,200 setahun. Bayaran dikreditkan setiap bulan pada kadar RM50 untuk bujang B40 dan RM100 untuk bujang ekasih.

Manakala keluarga B40 akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM1,200 setahun dan keluarga ekasih sebanyak RM2,400 setahun. Kadar bayaran bulanan adalah RM100 untuk keluarga B40 dan RM200 untuk keluarga ekasih.

Terakhir bagi kategori warga emas B40 akan menerima bayaran RM600 setahun dan warga emas ekasih menerima RM1,800 setahun. Kesemua kategori akan menerima bayaran SARA 2026 secara berperingkat setiap bulan mulai Januari sehingga Disember 2026.

Untuk maklumat tambahan, pada bulan Mac 2026 sebelum sambutan perayaan aidilfitri rakyat akan menerima sekali lagi bayaran SARA one-off RM100. Inisiatif ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dan tanggungjawab keatas rakyat Malaysia.

Seluruh warganegara Malaysia boleh membuat semakan status kelayakan dan baki bayaran Sumbangan Asas Rahmah secara dalam talian melalui portal rasmi https://www.sara.gov.my/

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan pelbagai program bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon Rujuk Sini untuk lebih informasi.

The post Keluarga B40 Terima RM100 Setiap Bulan Bermula Januari 2026 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button