Penerima SARA Tambahan 2026 : Semak Kelayakan Bantuan
Penerima SARA Tambahan 2026 : Ramai yang tidak tahu pemberian SARA mempunyai bayaran tambahan khusus untuk kategori ekasih. Untuk makluman umum, pemberian SARA akan diteruskan perlaksanaan bagi tahun hadapan.
PENERIMA BANTUAN SARA TAHUN 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan terus dilancarkan dan akan mula disalurkan pada Januari 2026. Kerajaan telah umum peruntukan sebanyak RM15 bilion untuk program STR dan SARA sepanjang tahun hadapan.
Apa yang lebih menarik adalah semua kategori akan terlibat menerima bayaran SARA 2026 secara bulanan. Kategori bujang, isi rumah dan warga emas kesemuanya akan menerima manfaat SARA setiap bulan sepanjang tahun 2026.
Untuk makluman umum, kadar bayaran SARA sesi 2026 adalah sehingga RM2,400 setahun jumlah termasuk bayaran tambahan. Bantuan SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan, bantuan diberikan khusus kepada penerima STR sahaja.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SARA TAMBAHAN 2026
Bagi pengetahuan semua, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini dibahagi kepada 2 kategori iaitu penerima STR sahaja dan ekasih. Mereka yang tersenarai dalam data ekasih tergolongan dalam kelompok miskin dan miskin tegar berkeperluan.
Ini bermakna jika anda tersenarai dalam ekasih, secara automatik akan menerima bayaran SARA tambahan 2026. Untuk panduan berikut dikongsikan jumlah bayaran SARA tahun hadapan mengikut kelayakan setiap kategori penerima :
- Kategori bujang (STR sahaja) : RM600
- Kategori bujang (STR & Ekasih) : RM600 + RM600 (SARA tambahan)
- Kategori isi rumah (STR sahaja) : RM1,200
- Kategori isi rumah (STR & Ekasih) : RM1,200 + RM1,200 (SARA tambahan)
- Kategori warga emas (STR sahaja) : RM600
- Kategori warga emas (STR & Ekasih) : RM600 + RM1,200 (SARA tambahan)
Kadar Jumlah bayaran diatas akan mula disalurkan ke dalam setiap mykad penerima secara berperingkat setiap bulan mulai Januari sehingga Disember 2026.
Untuk cek status kelayakan dan baki bayaran anda, sila layari laman portal rasmi MySARA di https://www.sara.gov.my/
Segala maklumat terkini berkenaan program SARA akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum masyarakat.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan pelbagai program, kemudahan dan juga inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih info bantuan.
The post Penerima SARA Tambahan 2026 : Semak Kelayakan Bantuan appeared first on CARIANTERBARU.