Semakan Ewallet BINGKAS RM300 sebulan, permohonan baharu kini telah dibuka semula kepada orang ramai pada tarikh 1 November 2025. Untuk makluman umum, BINGKAS adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor.
SEMAKAN EWALLET BINGKAS RM300

Bermula November ini, program BINGKAS atau bantuan kehidupan sejahtera telah dilaksanakan semula. Mereka yang berkelayakan boleh kemukakan pendaftaran permohonan secara dalam talian.
Bagi pengetahuan umum, program BINGKAS ini adalah bantuan bulanan yang diberikan dalam bentuk ewallet. Mereka yang berkelayakan akan menerima bayaran bantuan berjumlah RM300 sebulan selama tempoh 24 bulan bersamaan 2 tahun.
Amaun yang disalurkan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dan alat pendidikan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh Selangor. Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan ini kepada sekitar 30,000 buah keluarga yang terdiri daripada golongan B40.
Apa yang lebih menarik adalah syarat kelayakan pendapatan telah diubah kepada maksimum RM5,000 sebulan. Ini bermakna golongan B40 dan M40 juga berkelayakan untuk kemukakan pendaftaran permohonan Bingkas ini.
SYARAT LAYAK MOHON BINGKAS EWALLET RM300
Bermula 1 November 2024, syarat kelayakan telah dikemaskini seperti berikut :
- Kewarganegaraan : Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Kelayakan pendapatan : Gaji bulanan isi rumah RM5,000 dan kebawah
- Keutamaan : Bantuan ini ditawarkan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
- Kediaman : Pemohon lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor
- Pemilih berdaftar : Di negeri Selangor.
Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam program BINGKAS adalah seperti :
- Urusniaga pembelian menggunakan bantuan BINGKAS dijalankan secara tanpa tunai (ewallet)
- Nilai ewallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
- RM300 adalah had bulanan pembelian barangan keperluan asas
- Baki nilai bagi bantuan pada bulan terdahulu perlu digunakan kerana tidak akan dibawa ke bulan berikutnya
- Nilai ewallet akan ditambah secara automatik ke paras RM300 setiap bulan.
PANDUAN MOHON EWALLET BINGKAS
Kepada yang berminat khususnya penduduk negeri Selangor, jangan lepaskan peluang untuk menyambar manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk butiran lengkap dan panduan daftar permohonan, sila layari laman portal rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/
Setiap permohonan yang dikemukakan akan melalui proses semakan penilaian bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan bermacam inisiatif bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih info bantuan.
The post Semakan Ewallet BINGKAS RM300 Sebulan : Panduan Mohon appeared first on CARIANTERBARU.