Tawaran Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026 Dibuka
Tawaran Pengawas Peperiksaan STPM bagi tahun 2025/2026 kini telah dibuka kepada orang ramai yang berminat dan berkelayakan. Untuk makluman umum, permohonan sukarelawan sebagai pengawas peperiksaan STPM kini boleh dikemukakan secara online.
TAWARAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN STPM

Untuk makluman umum, kepada orang ramai yang berminat boleh kemukakan permohonan menjadi sukarelawan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Tarikh permohonan telah dibuka bermula 15 Oktober sehingga 15 Disember 2025.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengalu-alukan permohonan kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian pengawas peperiksaan. Program ini memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar, pesara dan pekerja bukan sektor kerajaan untuk mengisi masa lapang dengan elaun.
Sepanjang masa peperiksaan STPM dijalankan, mereka yang terlibat sebagai petugas sukarelawan akan menerima bayaran elaun secara harian. Kepada yang berminat, anda boleh sertai tawaran ini yang dibuka sehingga Disember 2025.
SYARAT LANTIKAN PENGAWAS PEPERIKSAAN STPM
Pihak berwajib telah menetapkan beberapa syarat asas kelayakan untuk mohon tawaran sukarela pengawas STPM ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Individu yang mohon tidak menduduki peperiksaan semasa ditugaskan sebagai pengawas
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Berumur 19 tahun sehingga 65 tahun
- Syarat utama mempunyai kelulusan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Keutamaan kepada yang boleh memandu dan mempunyai kenderaan sendiri
- Dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam tempoh peperiksaan dijalankan
- Pelantikan petugas peperiksaan sebagai pengawas peperiksaan sahaja
- Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan pengawas dan kelulusan adalah hak mutlak MPM.
Tawaran lantikan ini terbuka kepada :
- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
- Pesara kerajaan dari Skim pegawai perkhidmatan pendidikan
- Cikgu sekolah menengah agama (SMA)
- Pekerja kontrak kerajaan
- Kakitangan bukan kerajaan/ pesara swasta dan keraajan.
CARA MOHON LANTIKAN PENGAWAS STPM
Bagi pengetahuan umum, pendaftaran permohonan kini dibuka sehingga tarikh tutup pada 15 Disember 2025. Tarikh peperiksaan STPM berlangsung pula adalah bermula 20 Januari sehingga 26 Februari 2026.
Kepada yang berminat, anda boleh mohon secara dalam talian dan panduan telah disediakan melalui laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di https://www.mpm.edu.my/
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan telah sediakan bermacam program dan kemudahan seperti bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat sepanjang tahun. Sila lihat senarai insentif yang ada dan sesuai Semak Disini untuk didapatkan untuk lebih info rujukan.
The post Tawaran Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026 Dibuka appeared first on CARIANTERBARU.