Bantuan RM450 Setiap Bulan Untuk Individu Kurang Bernasib Baik
Bantuan RM450 Setiap Bulan ditawarkan khusus untuk individu kurang bernasib baik atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Untuk makluman umum, inisiatif bantuan bulanan khas ini adalah merupakan insentif dibawah Bajet Belanjawan.
DAPATKAN BANTUAN RM450 SETIAP BULAN

Kepada mereka yang berstatus OKU, terdapat sebuah inisiatif bantuan kewangan bulanan yang boleh dimohon. Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM telah menawarkan sebuah program bantuan untuk kategori ini.
Program inisiatif Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU atau EPOKU adalah bantuan tunai bulanan yang disediakan oleh JKM. Kepada pemohon yang lulus permohonan, mereka akan menerima bayaran bantuan sebanyak RM450 secara bulanan/ setiap bulan.
Inisiatif ini diperkenalkan adalah bagi membantu golongan kelainan upaya yang sedang bekerja dan berpendapatan rendah. Dengan adanya insentif seperti ini dapat meringnakan beban kos sara hidup penerima yang berstatus OKU atau kurang bernasib baik.
Permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun secara dalam talian oleh pemegang kad OKU dan berpendapatan rendah. Program EPOKU ini telah dilaksanaan setiap tahun dan amat memberi manfaat kepada golongan istimewa di dalam negara.
BUTIRAN MUDAH FAHAM BANTUAN EPOKU SETIAP BULAN
Untuk lebih memudahkan, berikut adalah ringkas butiran berkenaan program EPOKU ini :
- Nama bantuan : Elaun Khas OKU / EPOKU
- Kadar bantuan : RM450 sebulan
- Kelayakan pemohon : Golongan OKU yang bekerja
- Kaedah bayaran bantuan : Dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dalam borang permohonan
- Kaedah memohon : Melalui pejabat Kebajikan atau laman rasmi JKM.
SYARAT LAYAK & CARA MOHON BANTUAN EPOKU
Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dalam program bantuan EPOKU adalah seperti :
- Kewarganegaraan : Pemohon wajib merupakan seorang Warganegara Malaysia
- Kelayakan umur : Berumur 16 tahun dan keatas
- Status : Mempunyai kad OKU yang sah dan sedang bekerja
- Pendapatan : Pemohon bergaji rendah dan berkeperluan
- Akaun bank : Pemohon wajib mempunyai akaun bank yang masih aktif (atas nama sendiri).
Sekiranya anda atau mempunyai kenalan yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat daripada program bantuan ini. Untuk memohon, sila layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (EPOKU)
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan bermacam program dan bantuan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan Semak Disini untuk rujukan lebih informasi bantuan.
The post Bantuan RM450 Setiap Bulan Untuk Individu Kurang Bernasib Baik appeared first on CARIANTERBARU.