BANTUANSyukur Sabah

Bantuan SYUKUR Sabah RM300 / bulan Tahun 2025

Bantuan SYUKUR Sabah RM300 / bulan disediakan oleh kerajaan negeri Sabah bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Untuk makluman umum, perlaksanaan program bantuan khas ini baru diperkenalkan pada tahun 2025.

PROGRAM BANTUAN SYUKUR SABAH RM300 / BULAN

Bantuan SYUKUR Sabah RM300 / BULAN

Untuk makluman umum kerajaan negeri telah menyediakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang boleh dimohon rakyat. Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR Sabah ini menawarkan inisiatif berbentuk bantuan tunai.

Perlaksanaan program bantuan ini telah mula dilaksanakan dan permohonan dibuka sejak bulan Januari lalu. Tujuan utama program SYUKUR ini diadakan adalah bagi meringankan beban kewangan penerima untuk keperluan asas seperti makanan.

Dengan adanya insentif seperti ini dapat mengurangkan lagi kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah. Ini juga salah satu tanda keprihatinan dan kasih sayang kerajaan negeri kepada rakyat.

JADUAL FASA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran SYUKUR Sabah ini adalah RM300 / Bulan bersamaan RM900 bagi setiap fasa. Berikut dikongsikan jadual bayaran bantuan sentuhan kasih rakyat mengikut fasa pengagihan :

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : Dikreditkan bermula Februari RM900
  • Fasa 2 (April – Jun 2025) : Dikreditkan bermula April RM900
  • Fasa 3 (Julai – September 2025) : Dikreditkan bermula September RM900
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : Dikreditkan bermula Oktober RM900.

Kadar bantuan diatas akan dikreditkan kepada pemohon yang layak melalui medium pembayaran seperti dibawah :

  • Disalurkan secara terus ke dalam akaun bank atau
  • Secara tunai atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun e-wallet YONO yang didaftarkan.

KELAYAKAN & PANDUAN MOHON BANTUAN SYUKUR

Berikut dikongsikan syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon bantuan ini :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur 18 tahun keatas sebelum 31 Disember 2024
  3. Pemegang kad pengenalan (status H)
  4. Beralamat atau bermastautin di negeri Sabah
  5. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin atau miskin tegar.

Kepada yang berminat dan berkeperluan, semakan status dan pendaftaran boleh dikemukakan secara dalam talian. Untuk rujukan penuh, sila layari laman portal rasmi SYUKUR di https://syukur.sabah.gov.my/

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan telah persekutuan dan negeri telah menawarkan bermacam jenis inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih info lanjut.

The post Bantuan SYUKUR Sabah RM300 / bulan Tahun 2025 appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button