Ibu TunggalInisiatifSuri Rumah

Inisiatif Untuk Suri Rumah & Ibu Tunggal B40 : Panduan Mohon

Inisiatif untuk Suri Rumah & Ibu tunggal golongan B40 disediakan bagi memberi manfaat kepada kategori ini dari segi sokongan kewangan. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan inisiatif yang boleh didapatkan oleh golongan wanita berstatus suri rumah dan ibu tunggal.

INISIATIF UNTUK SURI RUMAH & IBU TUNGGAL

Inisiatif Untuk Suri rumah & ibu tunggal

Seperti sedia maklum golongan ibu tunggal dan suri rumah terutama kategori berpendapatan rendah atau B40 sangat ramai di Malaysia. Oleh itu kerajaan MADANI telah menyediakan beberapa kemudahan bantuan bagi membantu meringankan beban golongan ini.

Dengan adanya inisiatif khusus dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberi peluang masa depan yang lebih baik. Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk mohon program yang ditawarkan secara percuma dan bersesuaian.

JENIS BANTUAN UNTUK SURI RUMAH

Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat berkenaan jenis-jenis bantuan yang boleh dimohon oleh golongan wanita :

  • Bantuan Sara Hidup (BSH) : Inisiatif khas untuk isi rumah B40 / kelayakan pendapatan dibawah RM5,000 sebulan
  • Bantuan Khas ibu tunggal : Inisiatif untuk wanita berstatus ibu tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  • Bantuan PERKESO : Skim bantuan sosial dan insurans untuk suri rumah yang pernah bekerja (berdaftar dengan PERKESO)
  • Program Latihan Kemahiran : Bantuan kursus kemahiran dan latihan pekerjaan, terbuka kepada wanita B40
  • Bantuan makanan & barang asas : Inisiatif barangan keperluan melalui kerajaan atau NGO, khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar.

PANDUAN MOHON INISIATIF

Kepada yang berminat dan berkeperluan, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan untuk memohon telah disediakan seperti di bawah :

  1. Anda perlu kenalpasti terdahulu bantuan yang bersesuaian sebelum memohon
  2. Layari laman pautan rasmi bantuan yang ingin dimohon, seperti BSH SARA https://www.sara.gov.my/
  3. Isi borang permohonan dan sediakan dokumen penting yang diperlukan
  4. Hantar borang permohonan dan semak status
  5. Jika layak pemohon akan dimaklumkan dan bantuan akan disalurkan pada tarikh yang ditetapkan.

Pastikan maklumat yang diisi dalam borang adalah tepat dan lengkap bagi memastikan semakan permohonan berjalan lancar.

PENUTUP & LEBIH INFO

Kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon Semak Disini untuk lebih info bantuan.

The post Inisiatif Untuk Suri Rumah & Ibu Tunggal B40 : Panduan Mohon appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button