BANTUANBINGKASeWallet

Permohonan BINGKAS Ewallet RM300 Dibuka Semula Hari Ini

Permohonan BINGKAS Ewallet RM300 telahpun dibuka semua bermula hari ini bersamaan 1 November 2025 kepada orang ramai.

PROGRAM BINGKAS EWALLET RM300

Permohonan BINGKAS Ewallet RM300

Untuk makluman umum, kerajaan negeri Selangor telah menawarkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan ewallet kepada penduduk. Program Bantuan Kehidupan Sejahtera atau Bingkas Selangor ini adalah sebahagian insentif bulanan dari kerajaan negeri.

Bermula Sabtu ini (1 November) golongan keluarga B40 dan M40 yang berkeperluan boleh kemukakan permohonan baharu. Inisiatif khas ini memberi manfaat kepada sekitar 30,000 buah keluarga yang berkelayakan memohon.

Bantuan Bingkas ini diberikan dalam bentuk ewallet pada kadar RM300 sebulan dan amaun tersebut boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas dan alat pendidikan. Apa yang menarik adalah kelayakan pendapatan telah dikemaskini, mereka yang bergaji dibawah RM5,000 sebulan layak mohon.

SYARAT PERMOHONAN BINGKAS EWALLET

Sebelum mendaftar, anda perlu semak syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000
  3. Keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
  4. Lahir di Selangor atau sudah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  5. Pemilih berdaftar di Selangor.

Kepada penduduk negeri Selangor yang memerlukan dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari program Bingkas ini secara percuma. Mereka yang lulus permohonan akan menerima bayaran bantuan sebanyak RM300 sebulan dalam tempoh dua tahun sebelum semakan penilaian dilakukan semula.

PERMOHONAN BINGKAS EWALLET RM300

Bagi yang berminat, pendaftaran permohonan baharu kini boleh dikemukakan secara dalam talian. Berikut adalah cara mohon bantuan kehidupan sejahtera Bingkas ewallet tahun ini :

  • Mohon melalui aplikasi “Selangkah” yang boleh dimuat turun di Appstore / playstore dalam telefon
  • Mohon secara online melalui laman portal rasmi Bingkas di https://bingkasselangor.com/

Permohonan hanya boleh dikemukakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan seperti diatas. Sebarang permohonan secara manual tidak akan dilayan sama sekali.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan persekutuan dan negeri telah sediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan Semak Disini untuk lebih informasi.

The post Permohonan BINGKAS Ewallet RM300 Dibuka Semula Hari Ini appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button