BANTUANSkim Khairat KematianSKK

Bantuan SKK RM1000 Untuk Penerima STR : Waris Layak Tuntut

Bantuan SKK RM1000 one-off diberikan secara automatik kepada setiap penerima STR, tuntutan boleh dilakukan oleh waris.

APA ITU BANTUAN SKK RM1000?

SKK RM100 UNTUK PENERIMA STR

Untuk makluman umum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia. Mereka yang berkelayakan terdiri daripada kategori belia, warga emas dan isi rumah.

Apa yang menarik adalah setiap penerima STR secara automatik layak menerima bantuan one-off RM1000 melalui Skim Khairat Kematian (SKK) yang disediakan oleh kerajaan. Skim ini boleh dituntut oleh waris sekiranya berlaku kematian kepada penerima STR pada tahun ini.

Perlaksanaan program bantuan tambahan ini adalah bagi meringankan beban kos pengebumiaan dan keperluan asas lain. Tuntutan boleh dilakukan bermula Februari tahun ini oleh semua pewaris penerima STR yang meninggal dunia sepanjang tahun 2025.

Masih ramai yang tidak tahu berkenaan manfaat SKK ini untuk penerima STR, anda boleh berkongsi maklumat berkenaan skim ini kepada mereka yang layak membuat tuntutan.

KRITERIA KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN SKK

Antara kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon/ pasangan/ waris kepada penerima STR sahaja
  3. Penerima STR berstatus isi rumah dan warga emas sahaja layak SKK 2025
  4. SKK terhad kepada pemohon / pasangan warganegara yang meninggal dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.

PANDUAN TUNTUT SKK RM1000

Kepada mereka yang berkelayakan, tuntutan SKK boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian dan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk panduan lengkap berkenaan tuntutan bantuan ini sila ke pautan rasmi IHSAN MADANI (SKK)

Pastikan anda sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Sijik kematian pemohon/ pasangan
  • Kad pengenalan waris yang ingin membuat tuntutan
  • Dokumen pembuktian sekiranya pemohon/ pasangan tidak dapat hadir ke cawangan BSN untuk penunaian.

Kepada yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini bagi meringankan beban kos pengebumian.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sedia pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama Semak Disini untuk rujukan lebih informasi.

The post Bantuan SKK RM1000 Untuk Penerima STR : Waris Layak Tuntut appeared first on CARIANTERBARU.

Show More
Back to top button