Rebat Bil Air Percuma setiap bulan boleh didapatkan dalam program yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun ini.
PROGRAM REBAT BIL AIR PERCUMA

Untuk makluman umum, kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan program Skim Air Darul Ehsan (SADE). Inisiatif khas ini memberi rebat 20 meter padu air secara percuma setiap bulan kepada isi rumah B40 yang layak.
Skim ini diselaraskan kepada kumpulan sasar yang berpendapatan rendah atau B40 menetap di negeri Selangor. Mereka yang berkelayakan akan menerima manfaat potongan nilai 20 meter padu pada bil air secara bulanan.
Dengan adanya perlaksanaan program ini dapat membantu keluarga supaya akses air terjamin dan perbelanjaan asas keluarga lebih terjaga. Kepada keluarga yang menyewa boleh memohon jika meter individu dan pemilik bersetuju beri butiran akaun.
SYARAT DAPATKAN REBAT BIL AIR
Berikut adalah syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak SADE :
- Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Selangor
- Pendapatan isi rumah dibawah RM6,000 sebulan (campur gaji suami isteri)
- Mempunyai jenis akaun & permis kediaman, meter individu dan yang aktif
- Permohonan meter pukal tidak dibenarkan
- Had akaun adalah 1 sahaja
- Untuk kediaman pangsapuri kos rendah rebat diberikan secara automatik tidak perlu mohon sehingga 2029.
PANDUAN MOHON REBAT BIL PERCUMA
Kepada yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan cara mohon telah disediakan seperti berikut :
- Layari laman portal rasmi diĀ https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/
- Sila Log masuk SSIPR
- Pergi ke bahagian SADE dan isi borang permohonan
- Lengkapkan borang dengan dokumen penting yang diperlukan
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan sebagai bukti
- Pemohon boleh semak status permohonan secara berkala dalam laman portal rasmi SSIPR.
Setiap permohonan yang dikemukakan akan melalui proses penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima manfaat ini.
PENUTUP & LEBIH INFO
Kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channel rasmiĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.
The post Rebat Bil Air Percuma Setiap Bulan : Panduan Lengkap appeared first on CARIANTERBARU.